Pagi tadi bersarapan Nasi Kerabu di Gerai Inna Taman Awam Kuala Lipis. Taman tu tempat beriadah tapi ada gerai makan juga. Lepas dah bakar kalori boleh tambah kalori semula.


Lama dah tak beriadah kat Taman Awam tu. Memang datang untuk makan jela. Lepas makan boleh terus beli barang dapur aktiviti hujung minggu.

Anak-anak makan Nasi Kerabu dan Ayam Goreng Berempah, Cie pulak Nasi Kerabu Paru Goreng, Faiz makan Nasi Kerabu Ayam Bakar dan Solok Lada. Cie terlupa nak mintak Telur Masin. Jadi tak best pulak makan Nasi Kerabu takde Telur Masin. 





Cie suruh Faiz order juga karipap pusing. Tak habis pun makan kat situ bawak balik je.


Kedai tu ada bahagian atas tempat makan. Kena naik tangga yang agak bahaya jugak. Tu yang malas dah nak turun naik semata nak mintak Telur Masin. 


Kalau makan Nasi Kerabu memang Cie mintak tanpa Sambal Kelapa tu. Cie dan anak-anak tak makan. Nasi Kerabu kat Gerai Inna ni warna biru. Jarang jumpa Nasi Kerabu biru ni selalunya putih je.

Air pulak tadi Cie order 2 teh o ais dan 1 kopi o ais. Faiz order air suam. Sekali adik tu hantar kopi o panas pulak. Ambik jela malas dah nak suruh dia tukar. Bila air teh o ais adik Rania dah habis Cie tukar je masukkan dalam cup ada ais tu. Tak habis jugak kopi dia tak kaw sangat. Teh o ais tu sedap.

Dah kenyang makan terus ke BS Freshmart beli bahan basah untuk stok seminggu. Sayuran dan juga ayam. Beli juga bahan steamboat anak-anak request nak makan. Ahad nanti la buat. Hari ni malas nak masak.