Mulanya Cie nak try 1 kedai yang pernah page kat Facebook tu share tapi rupanya kedai tu buka 3 petang. Waktu kami nak makan tu selepas solat Zohor jadi nak buat apa pulak nak tunggu ke 3 petang tu kan. Jadinya anak-anak cakap makan kat Anakdol Pizza jela. Kami pun ke sana selepas siap solat di Masjid Tengku Mahkota Abdullah.
Macam biasa la masuk je kami terus ke kaunter untuk buat pesanan. Kami disapa oleh pekerja Anakdol Pizza tu dia tanya nak bungkus ke makan. Kami jawab makan. Dia suruh kami duduk nanti dia bagi kertas pesanan dan menu. Kami pun melilau mencari meja tak banyak yang kosong. Ada meja panjang untuk ramai tapi kami duduk jela walaupun 4 orang.
Kami duduk dan mula memilih menu. Order menu yang sama jela kalau ke situ. Adik Rania tukang tulis kat kertas order. Dah siap tulis boleh terus buat pembayaran dan tunggu makanan sampai.
- Pizza Daging Pepperoni (small) RM20.00
- Pizza Daging Mushroom (small) RM18.00
- Mac Chic Crispy RM16.90
- Nasi Goreng Kambing RM19.90
- Iced Lemon Tea RM4
- Iced Sunquick RM3.50
- Fruitale Manggo RM9.90
- Epal Hulk RM9.90
Cie order Mac Chic Crispy dan Fruitale Manggo. Macaroni cheese dia memang melimpah ruah cheese. Cie share je makan tak habis jugak makan sorang cepat muak. Semua rasa la jugak.
Faiz pulak order Nasi Goreng Kambing dan Iced Sunquick. Sedap jugak yang ni Cie rasa sikit. Cie duk mengata Faiz apa benda order Sunquick kat rumah pun ada. Hahah. Sudahnya tak habis ye air Sunquick si Faiz tu. Entahla manis ke masam ke apa. Cie terlupa nak rasa.
Kakak Raisha order Pizza Daging Pepperoni tu dia taknak ada sayur. Air pulak Iced Lemon Tea for live. Memang jarang dia order air lain.
Adik Rania pulak semua order orang dia makan. Nasi babah dia pun makan, macaroni pun dia makan. Air dia order Epal Hulk. Adik Rania memang takkan order air biasa kalau ada air luar biasa.
Pizza Daging Mushroom tu Faiz suruh order. Katanya kalau tak habis boleh bungkus. Memang tak habis pun pizza keduanya tu ada 3 slice lagi bungkus jela bawak balik. Sampai rumah sebelah petang sikit 2 beradik tu habiskan semua pizza.
Makanan di Anakdol Pizza ni semua sedap cuma mungkin kena baiki dari segi kepantasan masa untuk hantar makanan. Masa kami order tu 2.21 petang, makanan pertama sampai Mac Chic Crispy tu dalam pukul 2.27 petang tengok kat masa gambar diambil. Makanan sampai je Cie terus snap.
Air pulak sampai 2.32 petang. Boleh la makan Mac Chic dulu. Mac Chic habis je baru sampai Nasi Goreng Kambing pukul 2.50 petang. Pizza pulak sampai 3.06 petang. 45 minit nak dapat semua makanan. Kalau la kami order pizza je semata memang kena tunggu 45 minit la baru dapat makan. Mujur memang order makanan lain.
Mungkin boleh diperbaiki dari segi production pizza tu. Penuh slip order kat tempat production. Boleh nampak dari meja kami duduk tu. Kalau dapur ada 1 je memang jem nak bakar pizza. Doh semua ready made dah tinggal nak letak bahan kat atas dan bakar je. Kalau banyak dapur maybe service tu boleh laju sikit.
Ada meja yang pekerja tersalah hantar pizza. Kami tengok jela sambil berborak dengan Faiz. Sebab perasan meja tu datang lambat tapi dia dapat dulu pizza dari kami. Rupanya pizza tu untuk meja sebelah yang datang sebelum kami tu. Pelanggan tu pulak taktau yang tu bukan dia punya. Dia hampir nak makan tu pun rasanya pekerja lain yang perasan.
Cie selalunya akan check. Kalau bukan pesanan kami cepat-cepat bagitau pekerja tu supaya kita tak terambil orang punya. Kesilapan tu biasa berlaku di mana-mana F&B line. Kita sebagai pelanggan ni kena alert la.
Pizza Anakdol ni memang boleh pergi jauh ni kalau betul-betul jaga service. Orang memang akan repeat datang makan sebab memang sedap memenuhi citarasa tekak melayu. Tambahan pulak banyak jenama Pizza yang boikot kan. So lebih baik support pizza tempatan.






5 Ulasan
unik dan kreatif betul nama pizza ni! nasi goreng kambing tu nampak sgt sedap!
BalasPadamLambat juga tunggu pesanan siap. Alamak, kalau salah hantar pesanan ke meja salah, masalah juga tu.
BalasPadamFIrst time dengar nama pizza ni... harap bukak cawangan kat sini
BalasPadamNama kedai dia menarik. Pizza tu....nyumsss....Mac & Cheese Dania suka tu.
BalasPadamPernah tunggu makanan lebih sejam..lagi baran, bila yang datang lambat dapat makan dulu..memang mengamuk lah kita kat kedai tu..masa tu bujang lagi, darah cepat panas.. hahaha
BalasPadamTerima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.