Bantai tertidur 3 beranak pukul 12 lebih Faiz balik dari kebun baru tersedar. Takde buat apa hari cuti. Tengok tv je last nya tv tengok kami. Rasanya kami tertidur pukul 11.
Lepas Zohor terus gerak ke Raub. Dalam 45 minit la jugak. Kereta hala ke KL pun banyak jugak. Maybe baru nak bercuti kot. Kedua hala banyak kereta. Hala ke Kelantan pun banyak.
Dah nak sampai Raub, Faiz tanya nak makan apa. Anak-anak cakap nak makan di Oldtown White Coffee. Lama kami tak makan kat situ. Antara port makan kegemaran kami.
Punya la lama tak datang dah berwajah baru buku menu dan menu pun banyak yang baru. Sampai rambang mata la taktau nak order apa. Cie try menu baru.
Antara menu kami order:
- BBQ Chicken & Fried Wantan Dry Egg Noodles dan Iced Lemon Tea untuk anak-anak.
- BBQ Chicken with Flavoured Rice dan Sarsi Float untuk Faiz.
- Rice Roll Cheong Fun (Sweet Sauce) With Fried Beancurd & Fish Balls dan OldTown White Coffee Frost untuk Cie.
Cie search menu jumpa la full Menu Oldtown White Coffee. Tu yang dapat nama menu. Jumlah bil tak sure berapa sebabnya rezeki kami kawan Faiz belanja. Kebetulan dia makan kat situ jugak. Alhamdulillah rezeki tahun baru. Semoga murah rezeki kawan Faiz tu.
Lepas lunch terus gerak balik. Random sangat kan semata nak pergi lunch je kat Raub. Lipis takde OTWC tu yang sampai ke Raub kami terjah. Tu jela aktiviti hari cuti Tahun Baru 2026.



11 Ulasan
Jauh makannya ya.. Alhamdulillah.. Rezeki..
BalasPadamAlhamdulillah..rezeki tu..gara² nak makan jauh sikit..
BalasPadamAlhamdulilah family akk selalu ad ajer org belanja. Murah betul rezeki
BalasPadamCafe old town white coffee ini ada beberapa di jakarta. Tp saya paliiing sering makan yg di Airport T3 SoekarnoHatta. Sebab sering berangkat dari sana, jadi biasa cari kopi lah 😄.
BalasPadamJauh sket dapatlah makan sedap².. rezeki pula ada yang belanja.
BalasPadamsedapnya old town, lama tak makan. saya suka dia punya roti bakar butter
BalasPadamSaya ada jumpa orang Raub , Pahang..bapa mertua adik bongsu tu..baik orang ya..
BalasPadamBanyak ya tempat minum kat raub pahang..alhamdulillah..
BalasPadamAlhamdulillah.. semua nampak menyelerakan
BalasPadamsemua pun yummy!
BalasPadamDry wantan noodles tu fav kak SA..lama x makan kat Oldtown White Coffee
BalasPadamTerima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.