Hari ni baru buat sambal. Cie masak menu berbuka untuk kakak Raisha dan menu dinner malam ni. Terus la plan menu yang sesuai dengan Sambal Bacang tu. Cie masak Ayam Masak Tempoyak, Telur Masin dan Kacang Buncis Goreng Kicap.
Sedapnya Sambal Bacang lama sangat tak makan. Cie tumbuk cili padi dengan garam je lepas tu cincang bacang tu. Lenyek-lenyek je dalam lesung batu. Memang menambah selera betul. Sebiji tu dapat la semangkuk kecil.
Ayam Masak Tempoyak tu kakak Raisha request nak pedas sikit. Cie buat pedas sikit je. Tak boleh pedas sangat adik Rania tak boleh makan. Mujur la tadi dia boleh makan. Cie letak jugak daun kesum dan cendawan tiram.
Kacang buncis pulak tumis bawang putih dan bawang besar je sampai garing, masuk kacang, tumis kejap, masuk kicap. Dah siap. Memang ngam makan dengan menu tempoyak.
Weekend hari tu beli mangga kat BS Freshmart. Tadi baru teringat nak kupas. Sedap betul manis je. Adik Rania dah cop biji siap-siap
Alhamdulillah tadi dah dinner sambil teman kakak Raisha berbuka. Ada sehari je lagi kakak Raisha nak ganti puasa lepas tu habis dah. Selesai jugak ganti sebelum sekolah buka. Minggu depan nak sekolah dah.





18 Ulasan
Alhamdulillah Cuya taktahu bacang tu apa, first time dengr
BalasPadamPernah dengar bau2 bacang? 😄
PadamPernah2 hehe... Rasanya pernah tgk dulu
PadamAir tangan ibu yang rajin masak..alhamdulillah..
BalasPadamAlhamdulillah
PadamBaru dengan buah bacang atau macang kak. Penasaran jadinya. Kalo dari foto mirip sambal mangga. Atau sambal Kweni .bukan yaa....
BalasPadamAdik beradik buah kuini jugak ni.
PadamAkk sebut bacang tapi kat Kedah family in law panggil macang.
BalasPadamDulu kat rumah arwah nenek ada pokok ni... manis masam buahnya cuma berserat lah.
Aah banyak sarat. Sama kami la panggil macang.
PadamBacang dan kuinin tu rasanya sama ke Cie?
BalasPadamSama kak. Adik beradik depa 2 ni. Hihi
PadamPerghhh sedap ni..Dah lama x mkn =)
BalasPadamYe memang sedap.
PadamSedap sambal macang/bacang tu.. Pembuka selera..
BalasPadamYe penambah selera makan.
PadamSambal Bacang first time dgr.. terus nak cari kalau ada di mana mana .. nak rasa hihii...
BalasPadamTekak Melayu ni kalau makan nasi kena ada sambal sikit baru syok makan hihii..
BalasPadamkampung kami pun panggil macang. sedap ni buat sambal. musim dia dah sampai
BalasPadamTerima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.