Beli Baju Raya 2026 Di Bangi Sentral

Dah beberapa tahun Cie shopping baju raya di Bangi Sentral sejak anak-anak dah besar. Dulu beli di Gene Martino baju sedondon. Sejak dah takde design yang berkenan di hati terus la tukar mencari baju raya di Bangi Sentral. 


Untuk baju raya 2026 ni Cie dan Faiz dah plan untuk pergi pada 16 Februari 2026 dah alang-alang 17 tu cuti raya cina kan so ambil la sehari cuti 16 Februari tu.

Sampai je di Bangi Sentral pukul 12. Memang susah la nak jumpa parking. Ngam 1 pusingan ada rezeki kami dapat parking. Tu pun sebab orang tu nak masuk tak lepas. Dia terus jalan. Jadi rezeki kami la.

Memandangkan dah tengahari Cie ajak makan dulu bagi perut kenyang baru senang hati nak cari baju. Nanti Cie cerita entri yang lain. Dah siap makan kami terus memulakan langkah.

Boleh kata semua butik kami masuk dan tengok. Ramai sangat orang bersesak jugak la. Pusing la semua butik di Bangi Sentral tu sampai 1 pusingan. Masuk la semula butik yang awal-awal tu. Butik Zuerey Design. Tak ingat baju raya tahun bila butik tu jugak.


Kami cuba 2 design baju. Anak-anak berkenan dah baju tu dan terus decide warna. Bila dah pilih warna tiba-tiba takde pulak size Cie. Pilih size yang Cie try tu takde, pilih size besar sikit pun takde. Agaknya baju design lama kot tu yang takde size.



Try jela takde size untuk warna yang Cie nak

Yang ni pun takde size jugak

Cie pun suruh Faiz settle bayar baju anak-anak dulu la. RM198 untuk 2 pasang baju warna Sage Green. Terus keluar dari butik tu dan masuk butik Sohhor. Pernah jugak beli baju raya 2024 kat situ. 

Kat Sohhor tu ternampak baju untuk Faiz. Dia pun try la warna tu. Cie masuk butik lain dulu sementara Faiz try baju. Takde jugak. Cie masuk semula ke butik Sohhor tu Faiz dah siap bayar. Senang betul ek orang lelaki. Warna lain sikit tapi takpela asalkan hijau.

Cie pulak tiba-tiba terfikir yang baju dinner dulu warna Pastel Green. Macam lebih kurang je dengan Sage Green tu. Cie pun cakap kat Faiz tak payah la cari dah pakai jela baju tu sebab dah give up. Penat pun ye berjalan seret kaki. Bayangkan la 3k steps juga berjalan masa tengok kat jam. Tu yang dah malas.

Elok je kami keluar butik hujan pun turun makin lebat. Nasib baik dah dekat ke parking kereta. Tapi tu la sejenis tak puas hati pulak tak beli baju raya yang baru. Scroll la kat Instagram dan Facebook banyak jugak jumpa tapi harga semua RM200-300 ke atas. Macam bazir pulak mahal-mahal ni.

Selepas keluar dari Bangi Sentral tu ajak Faiz ke IOI City Mall pulak anak-anak nak mencari baju. Baju tshirt lengan panjang semua dah singkat dah. Budak-budak cepat membesar kan. Nanti cerita next entri.


Catat Ulasan

6 Ulasan

  1. Linda pula terbalik..cari baju laki yang susah...hahaha...baju Linda, sap sap Soi je Setel...

    BalasPadam
  2. Wah, bagus betul pilihan baju mbak. Saya banyak tak tahu pasal warna, jadi selalu diajar oleh isteri. Contohnya macam sage green, itu warna apa ya? hahaha
    Tapi memang mantap mbak, sudah siap-siap beli baju hari raya dari awal lagi. Penuh persiapan.

    BalasPadam
  3. Baju siap sekarang banyak yg cantik² dan lebih affordable. Nak kena cari yg padan dgn kita je

    BalasPadam
  4. Misi pencarian baju raya dah settle eh ?? Ok juga kalau dh settle sebelum menjelang ramadan .. tak ada la rasa penat sangat .. kalau pertengahan puasa baru cari memang kena bersesak dengan orang ramai lagi .. kira Kak Cie tahun ni tema sage green ehh ?

    CCL satu family tengah mencari-cari baju raya ..selalu beli online ker mudah ..

    BalasPadam
  5. Warna baju ni kan…time kita cari time tulah susah jumpa. Esok bila kita tak cari, itu jam dia muncul 😄

    BalasPadam
  6. wah jauh shopping raya...pernh pegi bangi sentral last year tp yg berkenaan di hati tkde size plak

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.