Pukul 12 lebih kami keluar. Sampai situ ada 3 orang customer. 2 dah siap dah sorang masih tengah buat treatment rambut. Takdela lama menunggu giliran. Sampai turn Cie dia cuci dulu rambut. Sedap betul rasa nak tertidur.
Siap cuci rambut, terus potong pulak. Cie cakap nak pendekkan sikit dan layer. Rambut Cie dah melebihi bahu. Cie cakap nak potong atas bahu sikit je.
Bila dah siap hasilnya bukan layer pun tapi dia samakan je bawah rambut tu dan potong atas bahu. Takpela malas nak cakap dia salah potong. Cantik juga style macam tu pun.
Anak-anak pulak taknak potong so cuci jela. Dah panjang sangat dah rambut. Katanya nak simpan panjang. Entahla panjang mana pulak tu. Rambut kakak Raisha dah paras ketiak, adik Rania pun panjang juga dah melebihi bahu.
Total Cie kena bayar RM85. Anak-anak cuci rambut RM25 sorang. Cie potong dan cuci RM35. Rambut anak-anak tu panjang sangat kot tu yang kena charge RM25.
Dulu-dulu harga cuci RM10 je, potong pun RM10. Sekarang tak dapat dah harga murah. Kos semakin meningkat agaknya.



9 Ulasan
Kat kampung pun dah mahal harga potong rambut dan cuci... akak suka buat kat kampung....
BalasPadamBetul, mahal harga potong rambut sekarang. Tapi saya ada jumpa satu salon nyonya potong, masih caj RM10, di Manjung. Jadi bila nak potong sana, siap syampoo dulu di rumah, baru pergi ke salonnya. Save bajet. Hehe..
BalasPadamApa je harga yg tak naik kan...?
BalasPadamSamaaa dengan anak saya. Ingin rambut panjang. Dah sepunggung pun. Saya kasih tahu, kalau panjang sangat susah perawatannya. Dan akan mahal. Apalagi JKT gerah, kenapa pula hrs panjang 🤣.
BalasPadamMemang boleh tertidur kalau rambut kena belek. Panjang rambut kakak ya.
BalasPadamsalute betul dgn org yg suka bela rambut panjang2. saya rimasss
BalasPadamLepas keluar dari Nadat Beauty studio mesti rasa ringan sikit kepala ..
BalasPadammurah sgt tu compared dgn rate kat gombak..ari tu MZ cuci dan cut pun kena RM85 utk MZ sorang ajer!
BalasPadamSeronok sesekali org cucikan rambut, memg syok tidur hehe
BalasPadamTerima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.