Lepas tu baru dengar Kak Long cakap ‘Pakteh nak kena tidurkan ni’. Allahuakhbar Cie terus menggigil tangan dan sama-sama menangis. Cie terus call kakak di Bentong dan Manjung. Lepas tu call Faiz tanya dia boleh cuti tak nak ke Pekan, Pakteh kena intubate di Hospital Pekan. Faiz pun tanya sister dia.
Cie masa tu dah tak tentu hala dah. Terus call kakak ipar tanya perkembangan abang Cie. Abang Cie tu nombor 5 kami panggil dia Pakteh. Faiz bagitau boleh cuti. Cie cakap call guru kelas anak-anak mintak nak ambil.
Kakak Raisha ada perkhemahan hari terakhir. Kalau ikutkan dia masuk pertandingan kawad. Terpaksa la balik tak sempat nak masuk kawad. Anak-anak Faiz yang settle kan. Cie terus gerak balik rumah lepas bagitau bos Cie nak EL 2 hari. Terus kemas-kemas meja kerja dan keluar office.
Mata dah bengkak. Tangan menggigil. Balik rumah terus kemas-kemas beg nak gerak ke Pekan. Masa tu rembat je apa yang ada masuk luggage. Cie siap kemas je anak-anak sampai. Barang-barang perkhemahan kakak Raisha pun tinggal je tak kemas.
2 minggu lepas abang Cie ni tak sihat dah. Demam, gastrik. Angin banyak dalam badan katanya. Seminggu tak kerja cuti sakit. Minggu lepas dia cuti seminggu tu dah sihat dan boleh masuk office. Bila kami tanya dia cakap sihat dah.
Kakak Cie yang Manjung tu nurse. Dia suruh dah check jantung apa semua dia kata ok je. Padahal dia takut nak check kat hospital.
Sebelum subuh 12 Februari tu dia bangun pagi tu dah susah nak bernafas. Kakak ipar Cie ajak ke hospital. Baru la abang Cie nak ke hospital. Lepas Subuh apa semua kakak ipar terus drive ke hospital. Sampai je di hospital doktor check apa semua oksigen dah drop 70 je, tekanan darah tinggi naik, kaki bengkak. Doktor cakap kalau lambat sikit sure collapse kat rumah.
Doktor cakap ada air dalam paru-paru. Memang kena intubate, kena buang air dari paru-paru. Kena transfer ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan disebabkan ICU Hospital Pekan tu full.
Cie dan adik beradik yang lain 3 kereta dari Lipis dan Bentong sampai di Hospital Pekan 1.30 petang. Kami terus ke Jabatan Kecemasan. Tak boleh masuk jugak ke red zone tu. Cuma tunggu kat ruang menunggu jela.
Pukul 2 lebih adik ipar abang Cie yang kerja MA di Jabatan Kecemasan Hospital Pekan tu suruh kami standby tepi ambulans sebab masa tu mereka nak tolak dari red zone ke ambulans dah.
Waktu tu jela Cie dan kakak-kakak Cie dapat tengok abang Cie. Luluh hati bila tengok abang kita berselirat dengan wayar segala macam tu. Gugur lagi air mata.
Yang lagi tak tahan sedih tu kami memang sentiasa berbual dalam group kami 8 beradik tu. Ada jela topik nak dibincangkan. Topik santai je berborak. Last sekali hari Rabu tu duk bercakap pasal kucing. Adik beradik Cie semua bela kucing. Cie sorang je takde kucing.
Pukul 2.45 petang ambulans gerak ke HTAA. Kami follow lambat sikit. Balik rumah abang dulu solat dan makan. Kami tak risau sangat sebab adik ipar abang Cie follow sekali dalam ambulans. Apa-apa dia update kakak ipar Cie.
Kami gerak ke HTAA Kuantan dan sampai 6 petang. Abang Cie masih di red zone HTAA. Pakar semua dah review dan mereka decide untuk buang air dari paru-paru tu sebanyak 1liter untuk bagi paru-paru boleh mengembang. Berkumpul la kami di Jabatan Kecemasan HTAA menunggu untuk dimasukkan ke ICU pulak.
Family kakak ipar dari Terengganu pun ada sekali. Pukul 8 malam baru ditolak masuk ke ICU Tanjung 4A. Kami semua bergerak ke homestay untuk berehat. Anak buah Cie dah booking homestay untuk 1 malam.
Keesokkan hari Jumaat 13 Februari selepas check out dari homestay kami semua terus ke hospital. Waktu melawat 12.30 tengahari hingga 2 petang. Bergilir la masuk 2 orang setiap kali masuk. Masa tu abang Cie dah extubate. Alhamdulillah lega dah dengar. Cuma masih belum sedar.
Masa masuk Cie panggil abang Cie. Cie bagitau Cie datang. Dia respond gerak kaki dan tangan. Bertambah la banjir air mata Cie. Cie usap tangan dan kaki. Cie keluar untuk bagi yang lain pulak masuk.
Lepas habis waktu melawat kami gerak untuk ke homestay lain pulak. Sebelah petang kami tak melawat dah. Alhamdulillah sebelah petang tu abang Cie dah sedar cuma masih mamai lagi kesan ubat tu. Bertambah lega hati kami. Dah boleh bercakap walaupun dalam keadaan lemah.
Sebelah malam pulak kami berkumpul keluarga Pahang dan Terengganu buat bacaan Yasin. Dipimpin oleh anak sulung abang. Selalu apa-apa majlis abang la yang lead, sekarang giliran anaknya pula. Berkat banyak masjid buat juga solat hajat untuk abang Cie. Masjid kampung buat 3 malam. Masjid-masjid dalam daerah Pekan semua buat.
Abang Cie ni dia banyak mengajar kuliah di masjid seluruh Pekan. Memang ramai la anak muridnya yang buat solat hajat dan bacaan Yasin mendoakan kesembuhan abang Cie. Terima kasih banyak-banyak yang mendoakan.
Hari ke 3 kami di Kuantan, 14 Februari 2026 kami berpakat adik beradik untuk gerak balik dah sebab abang pun dah semakin baik perkembangannya. Selepas check out 12 tengahari kami terus ke hospital untuk melawat.
Masuk la kami bergilir-gilir juga untuk melawat. Abang dah sedar sepenuhnya, dah boleh bercakap walaupun suara masih lemah dan sedikit serak, masih sakit kesan intubate hari tu. Lega sikit tengok perkembangan positifnya. Agak cepat juga sebenarnya perubahan tu. Semua kuasa Allah kan. Siapa kita untuk mempertikaikan.
Abang dari Terengganu pun ada, anak buah dari Johor pun ada. Dapat la kami berkumpul adik beradik dan keluarga walaupun dalam keadaan kecemasan begini. Dapat melepaskan rindu. Tidur sama-sama geng perempuan dalam 1 bilik. Makan sama-sama. Rindu dah kat mereka semua.
Selepas kami balik tu dapat perkhabaran abang dah boleh pindah wad biasa. Alhamdulillah semuanya kuasa Allah. Semoga kesihatan abang Cie semakin baik.





3 Ulasan
alhamdulillah lega membacanya... syafakallah untuk abg ipar... semoga segalanya dipermudahkan lebih2 lg menjelang ramadan tak lama lagi
BalasPadamSuspense-nya baca. Alhamdulillah, semoga abang Cie cepat-cepat sihat. 🤲
BalasPadambila dpt panggilan kecemasan mmg berdebar...alhamdulillah abg cie dh pindah wad biasa dr ICU...smoga cpt sembuh
BalasPadamTerima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.