Sos plum tu dengar cerita banyak tempat sold out ye. Dasyat ek penangan Khairul Aming ni. Cie memang ada sos plum beli tahun lepas. Tak ingat guna untuk masak menu apa. Tinggal sikit dah tadi habiskan terus.
Bahan semua ada cuma cara penyediaan jela tak follow KA. KA chop bahan-bahan tu, Cie tadi hiris je. Malas nak guna chopper. Jadi tekstur berbeza la sikit. Cie tabur daun ketumbar jugak. Pandai-pandai la kan ikut citarasa sendiri.
Tadi set periuk kuali Masaki baru sampai. Terus rasmikan masak tauhu telur tumis. Best jugak guna fry pan tu terus boleh hidang atas meja. Tak rugi beli. Cie memang ambil warna putih cantik la nak hidang atas meja. Ada warna merah dan hitam jugak.
Telur dadar pulak Cie buat sebiji je sebabnya Cie guna putih telur tu sikit untuk masak tauhu telur. Letak dalam kuah. Tu yang Cie buat telur dadar je tadi. Guna putih sikit je.
Sayur pun dah habis tinggal ulam timun dan salad. Cie pun lagi suka jenis ulam gitu je. Malas nak menumis sayur bagai.
Buah pulak ada buah epal dan limau. Epal merah dah habis. Limau ada lagi. Jiran sebelah rumah yang bagi seplastik hari tu.
Cukup lengkap la menu hidangan berbuka 9 Ramadan 1447H. Cepat betul masa berlalu begitu pantas dah 9 hari kita berpuasa. Adik Rania berbuka kat Secret Recipe hari ni dengan geng kelas KAFA bersama ustazah-ustazah sekali. Meraikan keputusan UPKK. Berbuka bertiga jela kami hari ni.
Selamat berbuka puasa semua.




1 Ulasan
Selamat berbuka puasa ya..
BalasPadamTerima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.