Adik Rania ni lahir di Hospital Kuala Lipis secara normal. Berat masa lahir 2.7kg. Besar dari kakak Raisha 2.55kg je.
Hari ni dah boleh buat kad pengenalan. Petang tadi sebelum masuk kerja mohon perlepasan keluar pejabat dengan Ketua Jabatan then ke JPN Lipis untuk buat IC. 15 minit je dah settle terus masuk office semula. Bawak jela anak-anak masuk office semula.
Adik Rania request nak Tea Live. Ibu order dari Food Panda je dapat diskaun RM10 delivery ke office. Bang Bang Milk Tea untuk anak-anak dan ibu order Manggo Tea je. Nak refresh petang-petang. Balik lunch tadi pun dah menyinggah 7E Cafe dah pekena Ice Caramel Latte tu yang tak order latte dah dari Tea Live.
Macam sekejap je masa berlalu. Sedar tak sedar 12 tahun dah pun. Nanti sedar tak sedar dah masuk sekolah menengah pulak. Kita pun sedar tak sedar semakin menua dah. Hahaha.
Balik sekolah tadi babah dia cakap masa babah dia ambik tadi kawan-kawan dia jerit Selamat Hari Lahir. Lepas tu adik Rania cakap guru kelas dia Ustazah Ain ucap jugak. Katanya semalam kawan dia bagitau birthday dia.
Ustazah Ain tu jiran Cie selang beberapa rumah jugak. Memang dah kenal la. Kebetulan tahun ni jadi guru kelas pulak. Anak sulung ustazah sebaya adik Rania cuma anaknya lelaki. Adik Rania berkawan dengan anak keduanya perempuan muda setahun je dari Rania. Tu yang dah biasa. Cuma sekarang je jarang main sama-sama. Dulu-dulu selalu la anaknya main kat rumah ni.
Dah besar ni celebrate kat rumah jela. Dulu masa kecik siap buat makan-makan, jemput kawan-kawan, jemput saudara mara buat kat kampung. Sekarang ni celebrate anak beranak jela. Nanti entri lain la cerita menu dinner.
Selamat hari lahir anaknda Syafiyah Rania yang ke 12 tahun. Ibu doakan semoga adik Rania dikurniakan kesihatan yang baik, dipermudahkan urusan, hormat orang tua, berjaya di dunia dan akhirat. Love you!



2 Ulasan
Lovely photos and post. Warm greetings from Montreal, Canada ❤️ 😊 🇨🇦
BalasPadamHappy birthday Rania 🎂
BalasPadamSemoga dlm rahmat & lindungan-Nya sentiasa 🤲🏻
Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.