Service Honda Di Restu Auto Bentong 40,000KM

16 Februari yang lepas Cie dan Faiz ambil cuti. Kami plan untuk service kereta yang due date untuk service adalah pada 19 Februari 2026 untuk 40,000KM walaupun tak sampai pun lagi ikut kilometer cuma yang dah sampai adalah tarikh service sahaja.


Cie dah buat appointment awal untuk service pada 16 Februari dan Cie pilih slot 8.30 pagi sebab lepas tu terus nak ke KL untuk beli baju raya. Senang sekali jalan je. Service ni di Restu Auto Bentong.


Kami sampai 8.45 pagi terlewat sikit tapi takpe je. Takde orang pun service kereta pagi-pagi tu hanya ada seorang customer je masa kami sampai. Macam biasa la pergi ke kaunter tu dan tengok la segala apa yang perlu di service. Bila dah bersetuju baru kena sign dan mereka akan teruskan service.


Kali ni service kena RM351.95. Lebih kurang dalam tempoh sejam siap la. Ada la jugak yang Faiz tolak taknak buat. Orang lelaki tau la kan. Tak semuanya kita kena tukar. Macam bateri pun mereka suggest untuk tukar dah makin low. Harganya RM300 lebih. Faiz taknak sebab nak tukar kat kedai luar je dapat lagi murah.



Pagi tu tak banyak menu breakfast mereka sediakan. Ada donut gula dan roti sosej je. Roti sosej pun ada sikit je habis kat kami 4 beranak je. Hihi. Kami je yang sarapan situ. Gerak awal dari Lipis tak sempat nak sarapan. Boleh la alas perut sementara tunggu kereta siap.


Cie pun sempat charge handphone ada plug disediakan. Memang selesa menunggu kereta siap service di situ. Siap je service kami terus gerak ke KL.


Awal tahun ni memang kereta Cie ni banyak pakai duit. Bulan Januari 2026 hari tu renew insurance dan roadtax dah melayang duit. Bulan Februari 2026, service pulak. Macam ni la kan kalau pakai kereta. 

Next service untuk 50,000km pulak nanti bulan 8 2026.





Catat Ulasan

6 Ulasan

  1. Itulah, lumrah pakai kereta. Itu kalau sebiji, kalau ada 2,3 biji.. tak jadi la shopping. Kete je yang servis. Hehe..

    BalasPadam
  2. haah betul tu Cie, itulah rutin bila pkai kereta.. bila smpai time dia, ketar2 rasa tgn nak membayor hehehe.. salam ramadhan buat Cie sekeluarga :)

    BalasPadam
  3. begitulah bila ada kereta. kena buat tabung siap2 utk next servis, huhu

    BalasPadam
  4. 2026 ini apalagi festive season berdekatan 😄😄😄. Memang banyaaak lah mengeluarkan biaya. Blm lagi kalau ada keluarga yang ulang tahun, jadwal service mobil, memang prepare jauh2 hari ya kak 😅. Sayapun sama..

    BalasPadam
  5. Sy pun dh service kereta hari jumaat lepas..Skali dgn tukar tayar

    BalasPadam
  6. Servis kereta, memang kena maintain supaya elok kereta kita kan.

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.