Menu Berbuka 19 Ramadan 1447H

Pagi tadi ada dengar kat radio hotfm. Pendengar tu tanya kalau raya hari Jumaat, adakah cuti Isnin depan tu. Rasanya KJ jawab cuti. 

Mana pulak cuti kalau GOV, kalau raya Sabtu dan Ahad hanya Ahad saja dapat gantian Isnin tu. Sabtu tu memang dah cuti. Kalau raya Jumaat hanya Jumaat saja cuti raya. Sabtu tu memang dah cuti. Ahad pun cuti. So Isnin dah kena kerja. Kalau swasta bergantung la kepada majikan tu kot.

Benda ni basic je. Orang GOV memang tau. Kalau Hari Kelepasan Am jatuh hari Ahad, maka hari Isnin dapat gantian. Kalau jatuh Sabtu takde gantian macam Nuzul baru ni. Orang syif untung la boleh claim OT kalau kerja.


Nak cerita bab menu berbuka tapi geram dengar jawapan kat radio tu tadi geram je nak call terangkan. Haaha. Biar lantak mereka la kan. Ok untuk menu berbuka 19 Ramadan ni masak yang simple je Faiz request tilapia bakar je.


Tilapia bakar kena la ada pencicah kicap. Cie letak bawang besar, cili padi dan tomato ceri potong dadu je semua tu. Perah limau kasturi sikit, letak kicap. Tilapia tu bakar kosong letak garam je.

Nak bagi menu berkuah buat la masak lemak bayam hijau. Ada balance santan fresh semalam Cie bekukan. Boleh guna pulak buat masak lemak bayam. 

Teringin nak makan sambal tempe. Buat la sambal tempe, kentang dan ikan bilis goreng. Kak Sarie rasanya hari tu tanya ikan bilis Cie tu jenis apa nampak garing katanya. Cie kirim kat staf Cie dia beli dari TikTok. Tak sure ikan bilis apa. Cie belah 4 untuk seekor ikan bilis tu. Mungkin tu faktor juga menjadi garing. Minyak kena betul-betul panas.

Buah mangga jela hari ni malas nak potong buah lain. Mangga aiwen tu besar. Ada lagi sikit tu esok la pulak potong. Tu jela menu hari ni.


Catat Ulasan

0 Ulasan