Malam kelmarin tu dah dia duk bersin je ingatkan dia ada alergik makan apa-apa. Pagi semalam sekolah macam biasa. Balik sekolah tu dia cerita masa dalam kelas mulut dia panas dan dia tak larat. Kesian pulak dengar.
Petang semalam dah mula panas sikit tapi takdela panas sangat. Malam bawak ke klinik. Doktor cakap musim ni hari-hari ada datang klinik. Dapat la ubat batuk, demam, selsema. Tak selsema pun, batuk pun gatal tekak je. Demam pun tak dah. Sebelum tidur makan terus ubat.
Dapat la MC hari ni 1 hari. Bagi dia berehat je. Kelas dia pun memang hari-hari ada je yang tak datang sebab tak sihat. Cuaca panas lepas tu puasa, kurang minum air. Semoga cepat sihat la adik Rania.
Pagi ni bangun sahur macam biasa dia nak puasa jugak. Demam pun aktif je takdela melepek. Makan cornflakes caramel sahur sambil minum air vico dan PD Orange. Rasa kat dahi dah tak panas.
Cie macam biasa la sahur Cinch Salted Caramel dan PD Orange campur dengan Cinch Tea. Hari ni hingga Khamis ada kursus online lagi. Yang kursus minggu lepas pun tak tercerita lagi kat blog. Penuh entri sahur dan berbuka je ni setiap hari. Dalam draft ada je story. Nanti la bila dah tak busy.


2 Ulasan
Nasib baik sudah elok sedikit.
BalasPadamSemoga lepas rehat sehari kat rumah bertambah sihatlah adik Rania tu.
BalasPadamAmmi satu cerita sahur pun takde sebab waktu sahur tu nak rushing mandi, siap gi keje sbb selalunya sebelum pkl 6 ammi dh keluar rumah
Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.