Pukul 7.58 pagi tadi tiba-tiba dapat whatsapp call dari Ustazah Ain guru kelas adik Rania. Cie dah tak sedap hati. Mesti ada sesuatu ni. Ye memang betul.
Ustazah cakap adik Rania tiba-tiba pitam masa perhimpunan pagi. Ustazah nak bagi makan dia taknak. Nak balik je katanya. Cie pun kata takpela ustazah kejap lagi akak ambil.
Cie pun call Faiz tanya ada mana. Dia kata ada kat klinik. Cie pun suruh dia ambil adik Rania kat sekolah. Cie suruh Faiz hantar ke office je dulu sementara Cie nak kemas meja, nak bagi task kat staf Cie yang buat kerja pengurusan hari ni. Cie terus isi HRMIS cuti dan isi ehadir.
Faiz sampai je Cie dah settle semua. Terus jela gerak balik. Tadi Faiz beli kek batik je dia kata adik nak kek batik je. Alahai bapaknya pun. Cie kata beli la nasi lemak ke apa yang mengenyangkan. Faiz bagi duit Cie singgah la beli nasi lemak on the way nak balik tadi.
Share dalam group family adik Rania pitam pengsan kat sekolah. Kalut semua tanya khabar. Risau juga kan tiba-tiba je pitam. Dia memang jenis tak makan pagi sebelum ke. sekolah.
Tanya kat adik Rania macam mana boleh pitam. Pagi ok je masa keluar rumah. Dia cakap tengah berdiri baca ikrar. Tiba-tiba tak sedar dah. Sedar-sedar je cikgu dah kejut. Cikgu bawak ke bilik sakit. Suruh dia buka tudung nak bagi pengudaraan. Nak bagi makan dia taknak.
Masa dalam kereta dia dah makan kek batik. Sampai rumah Cie buat roti bakar makan 2 keping. Kejap lagi baru makan nasi lemak pulak.
Pantau keadaan dia tengok ok je macam takde tanda apa-apa. Cie tanya ada sakit ke apa katanya takde apa-apa ok je. Cie suruh rehat jela ni. Terpaksa la ibu emergency leave hari ni. Boleh la mengadap blog untuk blogwalking dan schedule post.



5 Ulasan
Nampaknya lepas ni adik Rania kenalah cuba makan sikit waktu pagi buat alas perut. Moga baik-baik je lepas ni.
BalasPadamshafahallah
BalasPadamMungkin lama kot perhimpunannya.....lepas tu mungkin lapar....
BalasPadamMudah-mudahan adik Rania baik-baik saja lepas ni. Sebelum gi sekolah kena isi perut dulu lah tu...
BalasPadamKurang gula agaknya tu tambah cuaca panas... masakkan sup tulang dan sayur hijau k cie... semoga rania cpt sembuh spt sedia kala
BalasPadamNnt dah free boleh la jawab tag sy k, tgk di blog.. hehehe
Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.