Menu Dinner 11 April 2026

Malas betul nak masak hari ni. Tengok kat dapur ada mi segera yang tak lama lagi nak expired. Ada sebungkus dah expired ke tong sampah la jawabnya.

Mi segera yang goreng ni dah siap perencah. So tak perlu tumis dah. Rebus je mi tu lepas tu gaul perencah. Sebab dah malas sangat nak tumis kan, boleh jela buat menu dinner makan 3 beranak.



Goreng keropok keping, potong timun dan cili. Boleh la untuk makan dinner. Dah siap prepare menu dinner tadi terus la ajak anak-anak keluar. Dari tengahari dah anak-anak ajak ke Tealive. Malas betul nak keluar. 6 lebih tadi keluar la jugak.

Macam biasa anak-anak suka bang bang milk tea. Cie nak order hazelnut latte takde pulak. Try jela spanish latte. Hazelnut latte TL memang sedap selalu order yang tu. Tadi takde.


On the way balik singgah 7E Cafe pulak nak beli popcorn chicken. Takde pulak. Beli chicken drumette jela kebetulan ada promo combo RM7.90 dapat air. Cie beli 2.


Baru la perasan semalam ada point yang expired 10 April 300pts jugak memang tak perasan padahal semalam ada juga singgah membeli kat 7E. Tadi baru la tengok history. Rugi jugak tu. Tadi terus guna point yang mana ada. 

Kadang-kadang ada cashier yang tanya untuk guna point. Ada yang jenis tak tanya. Kita pun dah terlupa la jugak. Next time kena alert la ni. Kena selalu tengok points history setiap kali nak membeli.

Keluar dah 6 lebih. Sampai rumah ngam azan Maghrib. Lepas solat Maghrib baru la dinner. Try minum spanish latte TL ni rasa macam nescafe ais je. Tak sama dengan spanish latte Zus. Taknak la dah nanti order yang ni kat Tealive. Cie kureng sikit TL. Anak-anak je suka.


Catat Ulasan

3 Ulasan

  1. Sesekali ngadap mi segera sedap juga

    BalasPadam
  2. Uncle lately ni macam 'ter'suka la pulak.... sedap juga

    BalasPadam
  3. Saya bab poin ini juga seriiing sangat lupa. Macam poin dari internet provider. Selalu hangus 🤣🤣. Tapi dah lah, kadang reward nya pun biasa je. Makanya tak ingat utk redeem

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.