Sarapan Cekodok Bilis Bawang

Lama tak buat cekodok so pagi ni menu sarapan kita cekodok bilis bawang. Malas nak makan luar dah taktau nak makan kat mana dah. Masak jela yang simple je.

Bahan apa yang ada je. Letak ikan bilis dan bawang. Bancuh-bancuh jadi la cekodok. Cicah dengan sos tomato dan lada hitam kegemaran Cie. Cie sorang je makan sos tomato dalam rumah ni. Tabur sikit lada hitam tu baru ngam. 


3 beranak tu makan sos thai. Sos cili pun kureng kat rumah ni. Makan apa-apa mesti cicah sos thai. Mayonis pun ada juga untuk cicah. Selera berbeza-beza kan.

Kejap-kejap lagi kang nak keluar beli barang dapur. Lunch kang nak masak nasi serai. Takde jemputan open house jadinya kita buat menu raya sendiri jela. Rumah Cie pun takde buat open house tahun ni takde kerajinan nak masak-masak, nak jemput tetamu.


Catat Ulasan

12 Ulasan

  1. Lama juga tidak buat cekodok ikan bilis.
    Hehe mana tahu ada orang ziarah rumah Cie petang nanti.

    BalasPadam
  2. Akk pun plan nak buat nasi serai tapi bukan hari ni la. Hari ni ada jemputan kenduri kahwin

    BalasPadam
  3. Sedapnya cucur bilis bawang 🤤lama tak buat. Selalu klu buat cucur ni bancuh pulak teh o panas sedapnyaaa 😍

    BalasPadam
  4. Bila tengok cekodok tu terasa ingin makan dan minta mokcik buat tapi tu lah duduk berdua jer, bila buat nanti membazir pula..

    BalasPadam
  5. waa sedapnya cekodok bilis!! MZ kalau teringin cekodok, kena gi bf kat TGSK laaa

    BalasPadam
  6. pagi tadi pun mak saya buat cekodok bilis

    BalasPadam
  7. Cucur macam ni kalau makan sambil tengok KDrama mau tak perasan habis sepinggan sekejap je

    BalasPadam
  8. Sedapnya cekodok ni Cie....akak ada buat jugak tapi cekodok jagung.

    BalasPadam
  9. Kalau di sini gorengan macam itu makannya tak pakai sos, tapi Chili api, atau sebut nya cabe rawit 😄. Biasanya kami suka saling challenge, makan cabe rawit 1, untuk tiap gigitan cokodok/cucur/bakwan 🤣. Jadi biasanya 1 cekodok atau cucur menghabiskan 3-4 chili 🤭.

    BalasPadam
  10. Sedapnya cekodok ikan bilis...rasa macam lama x buat la...

    BalasPadam
  11. Rumah akak pun belum jemput sesiapa.. tak cukup quorum lagi.

    BalasPadam
  12. Sha baru buat pagi tadi.. tapi tambah kentang juga..
    Lama jugalah tak membuatnya tu yang buat juga pagi tadi..

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.