Bahan apa yang ada je. Letak ikan bilis dan bawang. Bancuh-bancuh jadi la cekodok. Cicah dengan sos tomato dan lada hitam kegemaran Cie. Cie sorang je makan sos tomato dalam rumah ni. Tabur sikit lada hitam tu baru ngam.
3 beranak tu makan sos thai. Sos cili pun kureng kat rumah ni. Makan apa-apa mesti cicah sos thai. Mayonis pun ada juga untuk cicah. Selera berbeza-beza kan.
Kejap-kejap lagi kang nak keluar beli barang dapur. Lunch kang nak masak nasi serai. Takde jemputan open house jadinya kita buat menu raya sendiri jela. Rumah Cie pun takde buat open house tahun ni takde kerajinan nak masak-masak, nak jemput tetamu.


12 Ulasan
Lama juga tidak buat cekodok ikan bilis.
BalasPadamHehe mana tahu ada orang ziarah rumah Cie petang nanti.
Akk pun plan nak buat nasi serai tapi bukan hari ni la. Hari ni ada jemputan kenduri kahwin
BalasPadamSedapnya cucur bilis bawang 🤤lama tak buat. Selalu klu buat cucur ni bancuh pulak teh o panas sedapnyaaa 😍
BalasPadamBila tengok cekodok tu terasa ingin makan dan minta mokcik buat tapi tu lah duduk berdua jer, bila buat nanti membazir pula..
BalasPadamwaa sedapnya cekodok bilis!! MZ kalau teringin cekodok, kena gi bf kat TGSK laaa
BalasPadampagi tadi pun mak saya buat cekodok bilis
BalasPadamCucur macam ni kalau makan sambil tengok KDrama mau tak perasan habis sepinggan sekejap je
BalasPadamSedapnya cekodok ni Cie....akak ada buat jugak tapi cekodok jagung.
BalasPadamKalau di sini gorengan macam itu makannya tak pakai sos, tapi Chili api, atau sebut nya cabe rawit 😄. Biasanya kami suka saling challenge, makan cabe rawit 1, untuk tiap gigitan cokodok/cucur/bakwan 🤣. Jadi biasanya 1 cekodok atau cucur menghabiskan 3-4 chili 🤭.
BalasPadamSedapnya cekodok ikan bilis...rasa macam lama x buat la...
BalasPadamRumah akak pun belum jemput sesiapa.. tak cukup quorum lagi.
BalasPadamSha baru buat pagi tadi.. tapi tambah kentang juga..
BalasPadamLama jugalah tak membuatnya tu yang buat juga pagi tadi..
Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.