Nasi minyak sapi serai ni pertama kali buat. Sebelum ni pernah juga buat nasi serai tapi guna marjerin rasanya untuk tumis bahan nasi tu.
Tadi Cie guna minyak sapi. Tumis bawang putih, bawang holland, daun salam kering, daun pandan, serai, bunga lawang, buah pelaga, kulit kayu manis. Letak la garam sikit. Dah siap tumis tu baru masukkan dalam rice cooker yang kita nak masak nasi tu. Kacau-kacau dan biar je masak.
Dah masak tu titiskan sikit pewarna hijau. Kalau taknak letak pewarna pun boleh je. Cie letak sikit saja nak bagi hijau-hijau sikit.
Ayam masak merah tu biasa la semua orang pandai buat kan. Guna sikit cili blend yang Cie dah frozen kan hari tu. Senang nak guna. Letak juga sos cili sikit. Tak buat pedas adik Rania tak makan pedas.
Acar timun Cie ada timun, bawang besar, carrot dan bawang besar. Cie tak suka nenas dan sengkuang so tak letak. Simple je acar Cie.
Papadom memang kena ada kalau menu nasi berperisa ni. Pagi tadi Cie dah goreng papadom masa goreng cekodok bilis tu. Dah alang-alang minyak banyak kan.
Siap masak tadi bagi jiran sikit. Memang masak lebih. Dengan jiran ni kami selalu bertukar juadah. Jiran sebelah kiri rumah Cie. Nak buat open house malas jadinya bagi jela sikit kat jiran.
Beli barang dapur tadi beli buah mangga pisang nama mangga tu. Sedap manis betul. Beli 2 biji je takut masam. Manis rupanya.
Lepas Zohor tadi terus lunch sama-sama. Alhamdulillah kenyang dan lunch boleh la mengadap blog pulak. Tu jela rutin hujung minggu takde aktiviti apa sangat pun.






10 Ulasan
specialnya lauk lunch. dah macam menu kenduri gituww
BalasPadamTak pernah pula jumpa nama mangga pisang tu..
BalasPadamMakanan tengahari istimewa siap berkongsi dengan jiran.
BalasPadamTeruja pula nak rasa buah mangga pisang.
BalasPadamNasi Minyak Sapi Serai.. mesti wangi jer aroma dia kan..
BalasPadamwaaa 1st time dgr nama nasi minyak sapi serai. sgt cantik kejadiannya dan nampak sedap sgt tu!
BalasPadamWah penasaran dengan mangga pisang. Kalau di sini ada namanya mangga alpukat. Jadi bisa diputar saat buka saking lembutnya.
BalasPadamCantiiiik sangat menu nasinya kak, hijau lembut. Memang buat selera makan 😍😍. Terbayang harumnya karena pakai minyak sapi
Nampak sedap tu Cie...mesti makan bertambah- tambah ni kan...ntah bila la kak SA nak pandai masak nasi minyak agaknya
BalasPadamNak try lah.. biasa masak nasi minyak je. Ritu ada balance minyak sapi bolehlah guna.
BalasPadamCantik kejadian nasinya.. boleh cuba juga ni..
BalasPadamTerima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.