Siap masak Cie ajak Faiz keluar ke Mini Ria dekat rumah je nak beli kobis nak buat coleslaw dan salad. Sekali terlupa beli salad dressing kewpie tu. Lepas tu takde bahan lain salad je semata. Pun boleh la. Teringin je nak makan salad.
Cie masak spageti aglio olio yang simple je. Letak button mushroom dan tomato ceri je. Takde haiwan dalam tu. Tabur cheese je. Kalau ada daun ketumbar fresh lagi sedap tabur atas tu. Ada yang frozen je sikit gaul sekali. Tak la nampak sangat dalam tu. Kat Mini Ria tadi dah kecut daun ketumbar nya tu.
Protein pulak Cie buat ayam bakar je. Balik lunch tadi terus perap ayam dengan bahan apa yang ada je. Serbuk cili, garam, minyak bijan, kicap cair, rosemary je. Balik kerja tadi terus bakar dalam oven.
Coleslaw dan salad sebagai tambahan je. Kalau tak tadi takde sayur pun menu malam ni. Cie pulak tak boleh takde sayur. Tu yang lepas siap masak tadi ajak Faiz keluar beli kobis dan salad. Sambil ambil adik Rania ada training perbarisan untuk penutup sukan sekolah.
Epal hijau gaul dengan serbuk asam boi dan kulit limau. Memang sedap rangup je epal tu. Alhamdulillah dah kenyang dinner. Malam ni lewat sikit up blog lepas dinner. Biasanya sebelum dinner dah siap share.




2 Ulasan
Sedap ayam bakar tu. Kalau saya berketul-ketul masuk perut!
BalasPadamWah sedapnyaaaaa...teeliur plak tgok aglio olio tu...
BalasPadamTerima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.