Risau jugak sebab Abang Ngah tu ada masalah jantung. Start on ubat cair darah dan doktor kata kena stay 4 hari. Lepas tu kena pergi IJN pulak. Semoga baik-baik jela. Tu yang mintak anaknya balik at least ada orang jaga.
Balik rumah tadi masuk kitchen start memasak. Meriah sikit banyak sayur menu dinner hari ni. 2 jenis protein Cie masak tomyam ayam dan telur dadar. Gabungan menu yang sepadan.
Dalam tomyam tu ada sikit je carrot. Takde sayur pun. 3 jenis sayur Cie masak untuk dinner malam ni. Ada peria celup tepung bestari, cendawan enoki pun celup tepung bestari. Buat versi celup tepung ni baru la anak-anak makan.
Semalam tak kesampaian nak goreng bendi so hari ni goreng la bendi. Tumbuk bawang putih, bawang besar dan cili padi. Tumis-tumis dan letak jugak sos tiram.
Lepas siap masak terus buat excercise kettlebell 20 minit. Takdela rajin mana cuma terpengaruh dengan thread je. Ni pun taktau la berapa hari je rajin. Hahaha. Walking pad tu pun dah jarang-jarang berjalan atas tu. Entahla nak turunkan berat tapi buat apa-apa tak konsisten.
Dah tua-tua ni kena gigih sikit baru la berat boleh turun. Dulu buat IF, makan suplemen dan excercise sikit banyak jugak berat turun. Lepas tu tak konsisten teruskan rutin dah naik semula berat. Nak buat semula ni lahai lemah betul.


0 Ulasan
Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.