Risau jugak sebab Abang Ngah tu ada masalah jantung. Start on ubat cair darah dan doktor kata kena stay 4 hari. Lepas tu kena pergi IJN pulak. Semoga baik-baik jela. Tu yang mintak anaknya balik at least ada orang jaga.
Balik rumah tadi masuk kitchen start memasak. Meriah sikit banyak sayur menu dinner hari ni. 2 jenis protein Cie masak tomyam ayam dan telur dadar. Gabungan menu yang sepadan.
Dalam tomyam tu ada sikit je carrot. Takde sayur pun. 3 jenis sayur Cie masak untuk dinner malam ni. Ada peria celup tepung bestari, cendawan enoki pun celup tepung bestari. Buat versi celup tepung ni baru la anak-anak makan.
Semalam tak kesampaian nak goreng bendi so hari ni goreng la bendi. Tumbuk bawang putih, bawang besar dan cili padi. Tumis-tumis dan letak jugak sos tiram.
Lepas siap masak terus buat excercise kettlebell 20 minit. Takdela rajin mana cuma terpengaruh dengan thread je. Ni pun taktau la berapa hari je rajin. Hahaha. Walking pad tu pun dah jarang-jarang berjalan atas tu. Entahla nak turunkan berat tapi buat apa-apa tak konsisten.
Dah tua-tua ni kena gigih sikit baru la berat boleh turun. Dulu buat IF, makan suplemen dan excercise sikit banyak jugak berat turun. Lepas tu tak konsisten teruskan rutin dah naik semula berat. Nak buat semula ni lahai lemah betul.


18 Ulasan
Tahniah, rajinnya Cie memasak. Peria celup tepung bistari tu saya pernah buat. Memang sedap.
BalasPadamTomyam dgn telur dadar berpisah tiada 😄
BalasPadamBanyak jenis juga sayurnya. Menu yang berkhasiat.
BalasPadamWalking pad tu boleh buat tempat meow garok-garok kuku... hehehhee
BalasPadamsy kalau hari khamis selalu dh malas memasak.. so smlm tapau je balik keja terus dinner awal.. hehehe
BalasPadambiasa saya kalau balik kerja masak simple jer sbb dah kepenatan.. kalau weekend baru boleh msk meriah berbagai lauk huhu
BalasPadamYummss tomyam.. Paling fav kalau tomyam thai... memang kena telur dadar juga baru ngam. Tambah juga kailan ikan masin.
BalasPadamAnak Akk pun suka enoki goreng tepung. Semoga dipermudahkan urusan Abg Ngah tu ...
BalasPadamTomyam sedap, telur pun sedap....semua pun sedap la Cie.
BalasPadamSayur goreng cam tempura memang laju je anak-anak makan.
BalasPadamAkan pun belum start exercise... betullah tu.. nak mulakan kemain liat lagi sementara nak dapatkan rentak.
Best, banyak sayur. Sedap tengok hidangan Cie masak.
BalasPadamMemang susah nak konsisten dalam sesuatu. Kadang tu, ada je benda yang menghalang.
Kat rumah kak SA pun memang kena ada menu sayur....walau yang makan tu sorang je
BalasPadambila dah masuk 50an ni sy suka mkn yg simple2 je asalkan sedap...
BalasPadamtomyam sedap tu
BalasPadamtomyam mesti kena makan ngan telur dadar kan. kalau saya kat kedai, add on kailan ikan masin!
BalasPadamnak naik berat ni punyalah senang, bab nak turun jenuh
kagum dgn cie sbb rajin masak2
BalasPadamKebalik kita kak. Saya kalau di rumah rutin workout . Sebab dah bayar mahal membership, tak mungkin tak dipakai 🤣. Rugi. Kalau saya harus begitu, sengaja saya bayar, JD memang tak terpikir utk skip.
BalasPadamTapiiiiii kalau sedang traveling, wassalam memang 😂😂. Lupa LGS workout dan diet. Palingan saya perbanyak jalan kaki 🤣.
Ini nanti june dah plan nak wisata kuliner 18-23 june di KL , dengan kak retna dan Carneyz. Ntahlah akan naik berapa kg 🤣
Kalau sy, bila dh keje, blk keje masak..mmg mncabar nk bersenam lps tu...Tggu weekend aje la kalau rajin.. =D
BalasPadamTerima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.