Pageview Mencanak Naik Beberapa Hari

Entahla ye memang sistem glitch atau memang betul ramai orang kerumun kat blog Cie ni. Hihi. Mula hari tu Pageview mencanak naik 1 April 2026. Cie fikir macam sistem glitch kot.

Selepas 1 April tu back to normal antara 1k+ hingga la 6-7k macam tu. Bukan setiap hari konsisten. Naik turun jumlahnya. Ada hari yang 1k, 2k, 3k, 4k. Cie memang jenis suka tengok kat stats tu. Saja je pantau sejak dah konsisten update blog ni.

Cie perasan sejak 22 April 9.17am Cie screenshot sampai la 24 April 2026 memang setiap hari tu cecah belas ribu jugak la. Ada sekali tu Cie tengok banyak dari Singapore. Entah apa la orang Singapore cari kat blog Cie ni. 







Kalau setiap hari macam ni makin semangat la Cie nak update blog. Takde apa sangat pun blog Cie ni. Cerita kehidupan harian je. Sejak dah tak aktif sangat kat social media lain ni memang fokus kat blog je.

Cie buka je Facebook, Instagram, Threads cuma sekadar scroll saja. Takdela nak up status, upload gambar macam sebelum ni. Tu yang sekarang banyak berkongsi cerita di blog saja. Dah biasa menulis content di Facebook so teruskan jela kat blog. Tak kesah la ada ke takde orang baca.

Terima kasih buat yang ramai-ramai berkunjung ke blog Cie ni. Walaupun geng sama je di ruangan komen. Terima kasih banyak yang rajin komen-komen blog Cie. Suka geng blog semua komen yang positif je. Saling support kunjung mengunjung each other walaupun di alam maya saja.



Catat Ulasan

0 Ulasan