Entahla ye memang sistem glitch atau memang betul ramai orang kerumun kat blog Cie ni. Hihi. Mula hari tu Pageview mencanak naik 1 April 2026. Cie fikir macam sistem glitch kot.
Selepas 1 April tu back to normal antara 1k+ hingga la 6-7k macam tu. Bukan setiap hari konsisten. Naik turun jumlahnya. Ada hari yang 1k, 2k, 3k, 4k. Cie memang jenis suka tengok kat stats tu. Saja je pantau sejak dah konsisten update blog ni.
Cie perasan sejak 22 April 9.17am Cie screenshot sampai la 24 April 2026 memang setiap hari tu cecah belas ribu jugak la. Ada sekali tu Cie tengok banyak dari Singapore. Entah apa la orang Singapore cari kat blog Cie ni.
Kalau setiap hari macam ni makin semangat la Cie nak update blog. Takde apa sangat pun blog Cie ni. Cerita kehidupan harian je. Sejak dah tak aktif sangat kat social media lain ni memang fokus kat blog je.
Cie buka je Facebook, Instagram, Threads cuma sekadar scroll saja. Takdela nak up status, upload gambar macam sebelum ni. Tu yang sekarang banyak berkongsi cerita di blog saja. Dah biasa menulis content di Facebook so teruskan jela kat blog. Tak kesah la ada ke takde orang baca.
Terima kasih buat yang ramai-ramai berkunjung ke blog Cie ni. Walaupun geng sama je di ruangan komen. Terima kasih banyak yang rajin komen-komen blog Cie. Suka geng blog semua komen yang positif je. Saling support kunjung mengunjung each other walaupun di alam maya saja.






17 Ulasan
hah sama la tiba2 tgk PV naik lain macam
BalasPadamCer tenguk pembaca dari negara mana yang ramai.
BalasPadamBiasanya dari USA atau China.
Waaa best PV naik mencanak-canak tanda blog Cie popular. Cie pun rajin update dan support rakan bloggers yang lain, so you deserve it. Saya pun macam Cie, social media lain agak kurang update berbanding di blog. Keep it up Cie.
BalasPadamMusykil juga ya, apa yang dia orang search di google hingga end up di blog kita. Kalau sehari sampai belas-belas ribu view tu, memang banyak, Cie. 👍
BalasPadamTahniah kak! Pv naik boleh la untuk tabung GA. Sikit2 lama2 jadi bukit. Sejak ada GA ni elok benor le up entri selalu. Lagi mencanak naik GA hehe
BalasPadampelik kan PV tetiba lebih ramai prg dari luar negara dri malaysia. saya punya yg tinggi dari US hahaha.
BalasPadamtapi PV tak setinggi mcm kak cie lah. cuma bagi saya yg yasher2 ni rasa tinggi sangat dah tu :D
Tahniahhhhh Cie....semoga terus semangat untuk update blog yar💪
BalasPadamrasanya semua blog kot PV mencanak naik..dunno lah betul ker tak...blog MZ pun jd puluh2 ribu PV utk sehari..mcm pelik hahhahaha
BalasPadamMasa Faa baru start balik blogging, cari bloggers malaysia, blog Cie antara yang keluar kat 1st page google Faa.
BalasPadamAkak plak tak tau mana nak tengok pageview tu lepas password yang asal terlupa. Nak make-up blog pun dah tak tau button mana.
BalasPadamperasan jg. harapnya tiap2 hari laa mcm tu😁
BalasPadamYa kaaaan, komentator di blog ini buat kita semangat nak terus menulis. Apalagi dari sini juga saya bisa dpt banyaaaak teman di merata Malaysia dan Indonesia. Jadi kadang tiap saya traveling ke kota2 di Malaysia atau Indonesia, saya bisa visit dan jumpa face to face. Macam teman lama, padahal cuma 'mengobrol' di komen blog 😄
BalasPadamSeronok la tgk PV gini =D
BalasPadamKak SA pun sama...PV mencanak naik...maybe sebab Google Adsense pun mencanak iklan bersilih ganti kan..akak pun dah x amik pusing tapi lately memang mencanak naik..turun pun Sabtu hari tu je...
BalasPadamWah!! Terbaik.. Memang jadi lebih semangatlah bila tengok pageview banyak macam ni..
BalasPadamRamainya klik..tahniah ya
BalasPadamCie memang aktif updated blog..ramai suka klik..
BalasPadamTerima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.