Bookdooc Challenge: Outdoor Walk and Indoor Walk

Balik rumah lepas siap tapau makanan dinner petang semalam 6 Mei, Cie solat dulu lepas tu keluar. Masa yang ada kita evening walk. Saja ajak anak-anak jalan pusing taman. Kakak Raisha taknak ikut. Adik Rania je nak ikut dengan syarat beli aiskrim kat Karim Mart tu. Layan jela asal ada orang teman. Tu pun lepas habis aiskrim dia nak ajak balik dah.

Bulatnya muka i

Segan nak jalan sorang-sorang. Kalau ikutkan takde apa pun. Sejenis introvert ni gini la ek. Rasa malu jalan sorang-sorang. Padahal takde orang kesah pun. Lagipun malas nak bersiap. Tu yang Cie banyak indoor walk je atas walking pad. Sampai terkopak la kasut. 

Alkisahnya kasut Puma ni memang dah pernah gam. Banyak la dah jasa Cie join fun run (baca walk) setiap tahun. Tahun lepas je tak join dah sebab masalah kaki terpeleot dulu tu. Tu yang Cie guna indoor je. Ni terkopak lagi. Malas dah nak cara. Kasut ada brand pun tak tahan lama. Padahal tak guna selalu pun.


Cie nak guna kasut sketchers je jalan atas walking pad. Semalam dah cuci. Kasut sketchers tu pulak jarang dah pakai sebab dah beli Anta untuk jalan-jalan. Macam dah nak rosak jugak banyak tahun dah pakai tu. Sport shoes pun dah beli lain brand line 7 matchy dengan Faiz. 

Adik Rania ajak balik dah masa 1.3km, Cie ni nak capai 2km. Cie pun ajak naik taman perumahan baru buat tu Cie umpan nak snap gambar ootd dia. Dia pun ikutkan jela asalkan Cie snap gambar dia. On the way hala balik tu kena singgah kedai beli aiskrim lagi untuk kakak pulak. Bukan kakak jela dengan ibu sekali la. Hahaha. Aiskrim situ RM1 je. Makan modal jugak la ajak peneman ni.

Suruh adik Rania balik dulu masa tu dah 1.8km. Cie sambung ke depan sikit dari rumah dapat la 2km. Balik dari jalan tu borak dengan jiran. Jiran Cie ni staff nurse hospital dia rajin jugak jalan petang-petang. Dia kata berat dia naik tu yang jalan jugak petang-petang tapi dia tak join cabaran Bookdoc tu. Rugi la cakap kat dia boleh dapat esijil.

Cie memang kejar sijil dan nak dapatkan BMI normal. Kalau ikutkan Cie kena turunkan lagi 3.3kg je. Nampak tak banyak tapi seksa juga ye nak buang kilo ni. Makan tak jaga sangat. Kalau jaga makan, cut sugar memang akan laju ke turun.

Linda ada komen cakap jam Linda tak sync ke Bookdoc tu. Memang ada yang tak boleh termasuk la jam huawei Cie ni. Tapi kalau korang pengguna android steps tu boleh sync guna google fit. Lepas tu kalau IOS (iphone) boleh sync ke Bookdoc melalui apple health. Macam jam huawei Cie akan sync ke apple health dan apple health akan sync ke bookdoc. Try la nanti download google fit.

Ammi pun dah download bookdoc. Alhamdulillah posting Cie berjaya mengajak kawan-kawan blogger sekalian untuk sama-sama join challenge dalam bookdoc. Kalau korang kerja gov boleh dapatkan e-medal dan e-cert dan masukkan dalam myperformance. Cie tau pun hari tu terbaca kat threads. Tu yang gigih juga la join segala challenge yang ada. 

Setakat ni dah dapat 1 e-medal gold dan 5 e-medal silver,  tunggu e-cert je dalam tempoh 2 minggu selepas cabaran tamat baru dapat. 






Dapat la 1 gold yang ni cabaran 2 hari 12k steps. Memang tersangat dapat la. Sehari lebih 10k steps


Cie dapat silver ni kiranya capai separuh dari cabaran. Ada cabaran 2 minggu 150k steps, Cie capai 75k steps. Ada cabaran sebulan 300k steps Cie capai 150k steps. So dapat la e-medal silver. Ada beberapa lagi challenge belum berakhir InsyaAllah on track nak capai lebih banyak gold pulak. Untuk gold kena capai full steps cabaran.

Cabaran sihat itu saya pulak masih on going sehingga Julai. Setakat ni macam dah semakin slow je. Team members pun ada yang 0 step. Alahai kalau tak boleh bagi komitmen mintak jela keluar group, boleh la kapten cari orang lain. 


0 step ni bukan tak bejalan cuma tak tekan refresh kat apps bookdocs tu. Kalau tekan sure ada juga steps. Ada la kekangan dari mereka kot. 

Awal-awal ada menyumbang points lepas tu senyap dah. Kapten pun tak kick la sayang juga point kalau kick point sekali kena potong kalau dah pernah sumbang point.

Semoga Cie dikurniakan kesihatan yang baik sepanjang cabaran ni. Nak cukupkan steps pun consume masa dan komitmen. Semoga dapat menyumbang point setiap hari untuk group. Capai 10k steps je dapat 1 star (point).


Catat Ulasan

5 Ulasan

  1. Sha baru berjaya sync kan BookDoc dengan Google FIt.. Tengah nak cuba cabaran yang 100,000 tu.. kikiki..

    BalasPadam
  2. Kadang jalan seorang sebab nak me time je. Ok je bukan selalu. Hehe. Kalau selalu nampak macam tak ada kawan je.

    BalasPadam
    Balasan
    1. kak ezna...terasa linda ayat hujung tu.. sebab linda memang selalu sorang2 je..nampak sangat takde kawan.. hahaha

      Padam
  3. Semoga berjaya istiqamah berjalan, Cie. Selamat mengumpul steps. 💪

    BalasPadam
  4. haa...dah tahu, adik ipar cakap kena donlod google fit sekali.. so dah boleh track juga steps..tapi tetap tal sync dengan smartwatch...jadi, kena berjalan dengan telefon la jawabnya.. hihihi...sekarang tengah try cabaran solo je.. moga berjaya lah...

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.