Masak Daging Kicap Bawak Balik Kampung

Rezeki dapat banyak daging korban. Yang kakak bawak dari kampung hari tu dah rebus siap-siap dah. Pemberian jiran depan rumah dan ustazah KAFA nanti la akan diselesaikan rebus siap-siap.

Cie buat masak kicap pedas je tadi. Plan nak bawak balik kampung dinner sama-sama dengan adik beradik. Kakak Cie yang Bentong tu ada balik hari ni. Esok kami nak pergi kenduri sepupu

Dah alang-alang dia balik tu kami balik la dinner je. Cie malas nak balik tidur sebab esok tu kenduri sepupu tu di Lipis. Dekat je dari rumah Cie. Dari kampung 30 minit.

Plan asalnya kakak nak tidur rumah Cie je senang nak pergi kenduri. Tapi sebab malam ni anak buah nak tengok bola nak buka big screen kat kampung. Tu yang tukar plan mereka balik tidur di kampung.

Cie pun tadi masak sesiap daging kicap pedas pack bawak balik kampung. Bagi Kak Ngah sebekas. Sebekas lagi bawak rumah Kak Long (rumah pusaka keluarga).


Pukul 7 gerak balik kampung. Singgah rumah Kak Ngah dulu hantar daging kicap dan keledek Cameron. Lepas tu terus ke rumah Kak Long. Rumah mereka dekat je around 5 minit je kot. 


Catat Ulasan

11 Ulasan

  1. Sedap daging masak kicap ni kalau makan dengan nasi panas.

    BalasPadam
  2. Sedapnyaaaa.....eh nak buat la masak kicap..boleh bawak pi kerja next week kan..

    BalasPadam
  3. fav my zharfan ni! i pun suka---tp masalahnya mr hubby tak suka apa jua masakan berkicap..so jrg2 lah MZ masak menu ni..if masak pun, memang utk zharfan ajer (ariff dan razeen mkn jugak)

    BalasPadam
  4. cuma sempat makan daging korban slps buat korban raya pertama tempohari. Yg selebihnya cuma simpan dalam freezer,,

    BalasPadam
  5. Banyak resepi daging boleh dipelbagaikan.. Sedap daging masak kicap pedas macam ni. Tambah lagi daging korban fresh memang mantaplah rasa dia...

    BalasPadam
  6. Kami pon dpt daging korban yg banyak, lebih 20 kg kut, tak tau nak masak apa lagi

    BalasPadam
  7. Uishh, daging kicap pedas.. Boleh try next time.

    BalasPadam
  8. Alhamdulillah dapat rezeki daging korban

    BalasPadam
  9. sedap tu...makan ngan nasi panas2...yummyy

    BalasPadam
  10. Alhamdulillah..dapat rezeki daging korban.. Linda pun baru sempat nak masak hari ni

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.