Nyaris malas dah petang tadi tapi rajinkan diri jugak untuk masak. Tak puas bermalasan hari cuti tu yang malas semacam je. Mood nak masuk kerja Isnin tu start hari Ahad tu dah lemau. Ishhh macam-macam kan.
Malam ni masak menu Kelate la. Sedap jugak menu simple macam ni. Cie masak ikan singgang, ikan bakar, telur rebus, terung dan bendi celur, timun, bayam brazil dan juga budu.
Budu tu potong siap-siap cili padi dan perah limau. Kali ni tak letak bawang. Cie baru beli budu cap ketereh. Anak buah Cie bagi hari tu warna macam kelabu, yang ni jenis warna coklat. Entahla apa beza ye. Orang Kelantan mesti tau.
Kakak Raisha nak budu warna coklat ni tu tadi beli kat BS Freshmart. Weekend hari tu makan kat kedai makan budunya warna coklat. Dia cakap sedap yang tu. Cie pun beli la tadi sebotol. Anak-anak Cie semua pandai dah makan budu.
Adik Rania sejenis tak makan sangat ikan jadinya Cie buat la juga ayam bahagian isi gaul dengan tepung bestari lepas tu goreng. Kakak Raisha pandai makan menu macam tu.
Ada masa jemu juga makanan bergulai, bergoreng, berlemak tu. Tukar selera makan yang jenis bakar dan rebus gini je. Ni pun dah cukup sedap. Kakak Raisha berkali tambah nasi. Adik Rania dan babahnya pun tambah nasi jugak. Cie sorang je jenis tak tambah nasi. Nasi pun sikit je Cie makan.


15 Ulasan
Menu sehaaat sangat 👍. Tapi kalau ikan, dimasak kuah bening macam tuh, saya memang tak bisa makan. Tp kalau digulai, dibakar, digoreng, saya suka 😄.
BalasPadamRebus2 sayur begitu makan dengan sambal belacan atau budu memang sedaaap kak 😍😍
Cie memang rajin la, saya order untuk dinner sebb tinggal berdua dgn suami je
BalasPadamSedap menu ikan singgang. Sihat dan berkhasiat.
BalasPadamCuya makan maggi je semalam...hahaha
BalasPadamBeli kat speedmart. Pastu Cuya beli ramen, sebab dah lama tak makan ramen
Sebabkan jemu la menu akak tengahari semalam jadi lain..hahahaha....sedapnya budu...akak suka..tapi yang lain2 x makan la..biasa akak makan budu cicah ngan ikan goreng
BalasPadamTak tau juga apa bezanya wpun Akk suka juga makan budu. Occasionally la
BalasPadamkat rumah yang makan budu, suami linda je.. jadi dia nak makan, dia buat sendiri.. hahaha
BalasPadamAmmi belum pandai makan budu gitu saja...kalau yang dalam nasi kerabu tu boleh pula
BalasPadamwahh makanan sihat!
BalasPadamTak aci.. tak aci.. mana boleh dia sorang tuyushh makan camni 😁
BalasPadamAkak ada beli budu cap Ketereh.. tapi masih belum buka.. tak reti nak makan dengan apa.. cam nak try lah makan dengan ikan.
Uncle bukan orang budu.... tapi kalau yg dah campur dalam nasik kerabu tu, on je... hehehee
BalasPadamMenu yang KKM akan bagi👍Menu sihat dan sedap
BalasPadamIkan singgang dengan budu memang combo yang awesome
BalasPadamSedap menu ikan singgang tu.. Sesekali ubah selera kan..
BalasPadammy boys pun kurang suka ikan tp kalau siakap tu diaorg suka la
BalasPadamTerima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.