Cie masak beberapa menu sorang-sorang je. Bertungkus lumus jugak la pukul 9 lebih baru siap. Masak extra Cie jemput staf Cie yang kerja datang beraya rumah Cie. Staf Cie 7 orang datang pukul 11 lebih. Tunggu kakak Cie sampai ke petang tak datang lagi. Katanya lepas Asar.
Menu Cie masak:
- Nasi pandan serai
- Nasi putih
- Ayam masak merah
- Gulai daging
- Acar timun
- Ketupat palas (Faiz beli yang frozen Cie kukus je)
- Sardin goreng
- Papadom
Bersilat jugak la kat dapur pagi tadi. 2 jenis Cie masak nasi. Kakak Raisha request nasi putih. Cie masak beras basmathi jugak nasi putih tu. Nasi pandan serai tu setelah difikirkan nak masak nasi apa la kali ni. Pandan dan serai ada terus la jadi.
Ayam masak merah memang selalu la masak tu je yang mudah. Gulai daging tu Cie masak jugak adalah kuah selain dari ayam masak merah. Kot la ada yang taknak ayam boleh makan daging.
Sardin goreng tu kakak Raisha request dia nak makan dengan ketupat. Cie malas nak masak rendang. Selalu masak sardin je makan dengan ketupat. Ketupat palas frozen Faiz beli dari kawan dia. Senang kukus je. Dia beli yang lemak sepeket dan manis sepeket.
Acar timun pun memang selalu la buat kalau masak nasi berperisa ni. Acar Cie ada timun, carrot, cili besar dan bawang. Timun Cie guna timun jepun.
Papadom tu anak-anak goreng semalam. Ada yang kembang, ada yang hangus. Last nya ibu la jugak take over. Baru nak belajar. Goreng keropok dah pandai sikit.
Lepas siap makan kami keluar kejap ootd tepi jalan. Masa tu Faiz pergi beli ais. Kami 3 beranak jela yang ootd. Faiz dah balik baru la kami bergambar dalam rumah pulak. Nanti Cie share kat entri lain.
Dari pagi sampai petang berkali-kali dah repeat makan. Takde apa nak buat makan jela. Raya haji takdela berjalan raya. Tahun lepas Cie pergi rumah kakak kat Bentong. Tahun malas la nak duk rumah je.










15 Ulasan
Rabia order nasi permata ayam merah gulai daging acar dan sambal belacan . order je .huhu . tak larat nk masak
BalasPadamMacam² Cie masak.
BalasPadamRaya haji kami biasanya tak jalan beraya pun. Berkumpul adik beradik je.
byk cie masak. kita pun raya di rumah saja. masak sendiri juga. nak buat entri raya, lain pula entri yg timbul. hahaaa~
BalasPadamKalau papadom tu... uncle sorang boleh habiskan!
BalasPadamSalam Aidiladha!
Eid Mubarak Cie 🤍
BalasPadamTak pernah lagi makan ketupat palas dgn sardin, tiba² rasa nak cuba juga.
Nasi pandan serai tu nampak menarik. Nak tiru la, biasa buat nasi serai je :)
mencari ketupat palas.. tak jumpa.. sedapnya........
BalasPadamSalam Aidiladha Cie! Banyak betul menu yang Cie bersilat kat dapur pagi raya tu, hebat sungguh masak sorang-sorang. Nasi pandan serai tu nampak sangat menarik, nanti boleh la kongsi resipi penuh kat entri lain ya. Selamat Hari Raya untuk Cie sekeluarga!
BalasPadamWahhh..Meriah jgk menu tu..Selamat hari raya aidiladha =)
BalasPadamsalam eidul adha utk cie sefamili. nasi pandan serai nampak sedap dan comel la kaler dia
BalasPadammak masak rendang ayam, adik ipar masak rendang daging...linda tukang makan je.. hihihi..ada nasi impit, lemang dan ketupat palas..gambar takde amik
BalasPadamSalam Aidil Adha Cie...
BalasPadamWah..menu kita ada banyak saya sama la Cie😍
Tabaraqallahminnawaminkum.
BalasPadamMeriah juadah.
banyak tu kak cie masak. semua ni saya suka!
BalasPadamTerbaiiiik lah kak cie 😍😍😍. Kalau saya dah bendera putih agaknya, menyerah masak menu sebanyak itu 🤣🤣
BalasPadamRajinnya Cie masak banyak laukk.. 👏 👏 rasanya, mama Faa pun beli ketupat palas frozen juga. Kukus balik bila nak makan.
BalasPadamTerima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.