25 April yang lepas terus cargas rasmikan tumbler Zus yang baru. Dah ada kan kita guna jela. Dah sampai depan pintu Zus baru mula order. Masa tu awal pagi lagi takde orang dan order pun tak banyak.


Cie order Iced Spanish Latte add on velvet creme guna voucher RM6 yang Cie redeem point dan juga dapat diskaun guna tumbler 10%. Dah tinggal sikit point so menggigih la check in setiap hari pulak.


Adik Rania kalau masuk Zus dia nak jugak. Order la creamy manggo untuk adik Rania. Kakak Raisha nak chocolate roll dan Cie order biscoff baked cheese cake.





Lepas beli terus balik. Malas nak dine in. Masa tu kenyang lagi baru lepas sarapan jugak. Dah petang baru la makan kek. Air tu minum sambil mengerjakan lauk pauk dan sayur lepas beli tu.

Setakat ni baru sekali jela guna tumbler tu beli air Zus. Beli latte 7E Cafe pun Cie letak dalam tu. Best tumbler Zus ni. Ais tahan lama jugak. Cuma reusable straw tu je rasa macam sedut tak naik air sangat.