Pertama Kali Beli Luckin Coffee

Belum habis lagi entri bercuti hari tu. Busy sangat la nak habiskan semua cerita ni. Last dah rasanya ni. Masa singgah di Melawati Mall tu sebelum gerak balik beli la kopi dulu. 

Kebetulan nampak ada Luckin Coffee Cie tanya Faiz nak kopi tak. Faiz kata boleh la latte. Cie pun terus install apps untuk dapat diskaun RM2.99 tu. Gigih la install apps dan terus buat order. 



Cie order caramel macchiato dapat harga RM2.99 dan iced latte untuk Faiz RM10.40. Banyak diskaun tu yang best. Luckin Coffee ni takde kat Lipis. Kalau ke KL jela boleh guna voucher yang ada.

Bertambah la apps coffee dalam handphone Cie ni. Cie memang suka install apps yang boleh dapat voucher. Yang diskaun memang suka. 

Pengalaman pertama Cie order Luckin Coffee via apps di Melawati Mall. Entah bila lagi nak order lepas ni.




Catat Ulasan

19 Ulasan

  1. byk betul jenama coffee sekrg ni...ramai coffee lover around!

    BalasPadam
  2. Ni mmg peminat kopi tegar ni, sy ada app Tealive je sbb sy minum tu je... yg berkaitan kopi lain tu sy x minum so xde lah nk install.. hehehe

    BalasPadam
  3. Tak pernah cuba lagi Luckin Coffee. Hari tu masa pergi PJ nampak kedainya tapi nampak aje la, tak singgah beli pun, hihi.

    BalasPadam
  4. Belum pernah try lg..Tp big bos sy suka..Nnt la free2 nnt kita try =)

    BalasPadam
  5. tk pernh singgah lg luckin coffee...area opis ada juga tgk aritu

    BalasPadam
  6. Berbaloi betul dapat harga RM2.99 untuk Caramel Macchiato tu Cie..Memang bergetar jiwa peminat diskaun kalau tengok harga macam ni. Betul tu, sekarang ni telefon masing-masing dah penuh dengan bermacam-macam aplikasi kopi semata-mata nak kutip baucar dan diskaun, haha! Janji tekak puas dapat minum kopi sedap.

    BalasPadam
  7. Rajin Cie mengopi. Banyak tahu jenama kopi di Malaysia dari entry Cie.

    BalasPadam
  8. Berbaloi caramel macchiato harga RM2.99 je. Tak pernah lagi cuba Luckin Coffee ni.

    BalasPadam
  9. kak ana belum pernah try lagi Cie , harga nampak okay juga tu.. :)

    BalasPadam
  10. Saya belum coba kopi asal China ini. Pertama kali lihat dulu saat di Singapore tahun lalu. Saya pikir kopi Singapore, ternyata China yaa. Banyak juga cabang dia di mana2. Nantilah saat di KL nak coba

    BalasPadam
  11. Area rumah akak ada dan akak pun dah install apps dia. Tapi setiap kali pergi nampak ramai yang menunggu, tu yang kiv lagi.

    BalasPadam
  12. Tak pernah beli dan peminat coffee ada banyak pilihan sekarang ni.

    BalasPadam
  13. Dekat tempat Akk bersepah cafe kopi, tapi Akk pulak bukan penggemar kopi. Selamat duit ahahaha

    BalasPadam
  14. Lazat dan tekak segar ja minum..

    BalasPadam
  15. Murah tu, caramel macchiato dapat RM2.99. Saya pula tak dapat install banyak² app. Yang kita jarang pergi, kena buang.

    BalasPadam
  16. tak ingat baca kat mana, tapi luckin coffee ni kena order melalui apps je. macam tak boleh walkin

    BalasPadam
  17. Aduh!! Bertambah lagilah apps kopi.. kikiki..

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.