Cie taktau ada orang pernah buat tak nasi serai pandan ni. Cie terdetik nak buat ni selepas mencari idea nak masak apa untuk raya. Nasi minyak dah biasa, nasi serai dah pernah buat, nasi butter pun dah. Tu yang muncul buat jela nasi serai pandan.
Nasi serai pandan ni ada aroma wangi serai dan pandan serta rasa yang cukup menyelerakan. Gabungan daun pandan, serai dan rempah ratus menjadikan nasi ini sangat sesuai dimakan bersama lauk seperti gulai daging, ayam masak merah, kurma atau kari.
Lebih mudah, resipi ini dimasak menggunakan periuk Noxxa yang menjadikan nasi cepat masak dan teksturnya cantik berderai.
Resipi Nasi Serai Pandan Periuk Noxxa
Bahan-Bahan
6 cawan beras basmathi (dicuci dan ditoskan)
9 cawan air rebusan daging / air biasa
2 sudu besar minyak sapi / minyak masak
3 sudu besar marjerin
5 helai daun pandan (blend bersama air rebusan daging / air biasa)
4 batang serai (dititik)
4 helai bay leaf kering
3 sudu besar bawang besar blend
3 sudu besar bawang putih blend
2 batang kulit kayu manis
10 biji buah pelaga
6 biji bunga lawang
6 bunga cengkih
Garam secukupnya
Perencah cukup rasa
Pewarna hijau
Tip Tambahan
Kalau nak nasi lebih lemak dan wangi, boleh campurkan sedikit susu cair bersama air rebusan. Sukatan keseluruhan tetap perlu cukup 9 cawan.
Cara Masak Nasi Serai Pandan Guna Periuk Noxxa
- Panaskan kuali.
- Masukkan minyak sapi dan marjerin.
- Tumiskan bawang blend, bay leaf, serai dan rempah 4 sekawan sehingga sedikit garing dan naik bau. Tutup api.
- Masukkan beras ke dalam inner pot Noxxa.
- Masukkan bahan tumis, air pandan dan bahan perasa.
- Tekan butang High Pressure selama 7 minit dan pastikan tombol pada mod pressure.
- Setelah Noxxa berbunyi, tuilkan tombol ke arah steam dan biarkan tekanan keluar sepenuhnya.
- Bila periuk boleh dibuka, titiskan pewarna hijau dan gaul rata.
- Tutup semula periuk seketika supaya warna lebih sebati.
- Tutup suis periuk dan nasi siap dihidang.
Kenapa Cie Suka Nasi Serai Pandan?
Nasi ini mempunyai aroma harum daripada pandan dan serai, selain rasa rempah yang seimbang. Penggunaan air rebusan daging juga membuatkan nasi lebih sedap dan berperisa walaupun dimakan begitu sahaja.
Tekstur nasi basmathi yang panjang dan berderai menjadikan hidangan nampak lebih eksklusif, sesuai untuk jamuan keluarga, kenduri kecil atau menu hujung minggu.
Lauk Yang Sesuai Dipadankan
Antara lauk yang sesuai dimakan bersama nasi serai pandan:
- Ayam masak merah
- Daging masak hitam
- Gulai daging
- Kari ayam
- Kurma Ayam
- Acar timun
Selamat mencuba resipi nasi serai pandan periuk Noxxa yang mudah, wangi dan sangat membuka selera.



8 Ulasan
Nampak estetik kejadian nasinya. Rasanya tentu sedap kan dengan wanginya lagi. Cie ni memang pandai memasak sungguh. Makan dengan rendang ayam pun molek kan
BalasPadamNampak menyelerakan, kaler pun cantik.. kalau nengok resepi macam kita buat Nasi Minyak cuma ada guna serai dan bay leaf.
BalasPadamsedapnya. bau mesti penuh satu rumah ni
BalasPadam1st time tgk nasi serai pandan...biasa tgk nasi lemak pandan
BalasPadamWarnanya cantiiiik. Trus pakai serai dan pandan pula. Memang serasa sampai dj sini aroma wanginya kak 😍😍😍
BalasPadamterliur la nasi serai ni...warna cantik sungguh!
BalasPadamWoahh serai pandan.. Mesti semerbak wangi rumah... Cantik kaler nasi tu.
BalasPadamCie memang pakar memasak..tahniah ..
BalasPadamTerima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.