Rezeki Daging Korban Aidiladha 2026

Hari Raya Aidiladha memang tak lengkap tanpa cerita tentang daging korban. Setiap tahun bila masuk musim raya haji, suasana kampung mesti meriah dengan aktiviti korban dan agihan daging kepada penduduk kampung serta saudara-mara.

Tahun ini di kampung Cie ada 5 ekor lembu korban yang dibuat pada raya pertama. Lembu pemberian dari Tengku Muda Pahang, ahli parlimen Lipis dan Yayasan Pahang.

Paling seronok bila kakak Cie datang beraya pada raya pertama hari tu sambil bawa sekali daging korban. Baru je tadi jiran depan rumah hantar daging kerbau pulak. Nampak masuk peti dulu nanti fikir nak buat apa pulak. Sebelum Asar ustazah KAFA pulak hantar daging sebekas. Penuh dah peti dengan daging ni.

Alhamdulillah, rezeki Aidiladha. Bila nampak daging segar dalam plastik tu terus terbayang menu-menu sedap yang boleh dimasak nanti.

Ni daging kakak bawak dari kampung

Ustazah KAFA bagi

Daging kerbau jiran depan rumah bagi

Biasalah bila dapat daging korban, mesti fikir nak buat daging kicap, sup tulang atau daging goreng kunyit kegemaran arwah ayah. Kalau ada bahagian yang lembut memang sedap dibuat goreng kunyit. Daging korban yang masih segar memang lain rasanya.




Tips Lembutkan Daging

Kadang-kadang daging lembu terutama daging korban ambil masa lama untuk empuk. Tapi ada beberapa cara yang biasa orang guna supaya daging cepat lembut.

Antara tips yang boleh cuba:
  • Rebus lama menggunakan api perlahan.
  • Perap daging dengan sedikit garam sebelum dimasak.
  • Letak hirisan betik muda semasa merebus.
  • Gunakan pressure cooker untuk jimat masa.
  • Ketuk sedikit daging sebelum dimasak.
  • Potong melawan urat.
Kalau masak gulai atau rendang, daging yang lembut memang lagi sedap dimakan. Cie memang guna periuk noxxa je untuk lembutkan daging. Cuma tinggal 1 bahagian untuk buat daging goreng kunyit. 




Tips Simpan Daging Korban

Bila dapat banyak daging korban, penting juga simpan dengan betul supaya tahan lebih lama dan mudah digunakan nanti.

Cara simpan yang lebih praktikal:
  • Bahagikan ikut saiz sekali masak.
  • Simpan dalam plastik atau bekas kedap udara.
  • Label tarikh simpan supaya mudah ingat.
  • Simpan dalam freezer untuk tahan lama.
  • Jangan basuh daging sebelum dibekukan kerana cepat rosak.
  • Rebus dan bahagikan ikut menu yang hendak dimasak.
Cie memang jenis rebus terus je kalau ada daging. Senang nak masak boleh terus ambil saja tak perlu tunggu lama untuk masak. Kakak Cie bagi banyak jadi banyak la menu boleh buat ni. Sup tulang, masak lemak, goreng kicap, goreng kunyit, rencah nasi goreng, rencah bihun goreng.


Untuk goreng kunyit je tak rebus


Idea Menu Daging Korban

Antara menu yang selalu jadi pilihan bila dapat daging korban:
Setiap orang mesti ada menu favourite masing-masing bila tiba musim raya korban.

Aidiladha ni sebenarnya bukan sekadar tentang dapat daging sahaja, tapi lebih kepada semangat berkongsi rezeki sesama keluarga. Walaupun hanya menerima pemberian daripada kakak, tetap rasa bersyukur dan gembira sebab masih dapat menikmati rezeki korban bersama keluarga.

Kadang-kadang perkara kecil macam inilah yang buat suasana raya jadi lebih bermakna. Dapat berkumpul, beraya dan berkongsi rezeki bersama keluarga sudah cukup menggembirakan.

Semoga ibadah korban tahun ini diterima dan semoga semangat berkongsi rezeki terus subur dalam kalangan masyarakat kita setiap kali tibanya Aidiladha.


Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. Nak masak sup tulang juga nanti.....

    BalasPadam
  2. Sedapnya..Kak SA nyer daging blom masak apa pun lagi..x tau nak masak apa..ingat nak goreng kunyit

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.