Takde ke mana pagi ni so masak jela menu breakfast. Kalau makan luar pun menu sama je kadang-kadang bosan jugak melainkan malas baru la cari makanan kat kedai.
Hari Jumaat beli barang dapur tu Cie beli udang putih. Udang tu kecil-kecil je Cie beli di TF Value Mart. Selalu kalau nak buat cucur udang mesti beli kat situ. Murah je hari tu Cie ambil sikit je dalam RM1 lebih je. Cuma leceh la nak buang kepala, kulit dan ekor.
Cucur sayur bilis pulak Cie letak bawang besar, carrot, bilis masuk je dalam chopper dan letak sikit air. Taugeh pun Cie letak jugak cuma tak masuk sekali dalam chopper la.
Cucur udang letak serbuk kunyit sikit bagi nampak kuning. Cucur sayur bilis tu nampak warna oren maybe sebab blend carrot tu kot. Kedua cucur ni Cie bancuh dengan air suam. Nisbah air suam tu Cie campur 1:3, 1 tu air biasa, 3 tu air panas. Tips untuk dapatkan cucur yang rangup kat luar dan lembut di dalam.
Untuk makan dengan cucur ni macam biasa la mesti ada sos yang berbeza. Memasing ada selera memasing kan. Cie suka sos tomato campur blackpepper, mayonis. Adik Rania suka sos thai dan mayonis. Kakak Raisha kalau makan cucur ni dia suka mayonis je. Babahnya pulak sos thai je.
Tadi Faiz sarapan dulu sebabnya dia nak ke kebun pulak. Kami 3 beranak sarapan lewat sikit 8 lebih. Apa aktiviti hari ni? Plan nak masak menu special lunch nanti kalau rajin.








1 Ulasan
Ya Allah, sedapnya cucur udang 🤤 lama tak buat cucur udang. Bila la rajin nak buat ni hihi
BalasPadamTerima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.