Sarapan Pagi: 2 Jenis Cucur

Pagi ni terajin la sikit buat 2 jenis cucur. Ada orang panggil cekodok, ada orang panggil coq kodok, ada orang panggil kodok. Apa pun boleh jela kan. Cie buat cucur udang dan cucur sayur bilis


Takde ke mana pagi ni so masak jela menu breakfast. Kalau makan luar pun menu sama je kadang-kadang bosan jugak melainkan malas baru la cari makanan kat kedai.

Hari Jumaat beli barang dapur tu Cie beli udang putih. Udang tu kecil-kecil je Cie beli di TF Value Mart. Selalu kalau nak buat cucur udang mesti beli kat situ. Murah je hari tu Cie ambil sikit je dalam RM1 lebih je. Cuma leceh la nak buang kepala, kulit dan ekor.


Cucur sayur bilis pulak Cie letak bawang besar, carrot, bilis masuk je dalam chopper dan letak sikit air. Taugeh pun Cie letak jugak cuma tak masuk sekali dalam chopper la.



Cucur udang letak serbuk kunyit sikit bagi nampak kuning. Cucur sayur bilis tu nampak warna oren maybe sebab blend carrot tu kot. Kedua cucur ni Cie bancuh dengan air suam. Nisbah air suam tu Cie campur 1:3, 1 tu air biasa, 3 tu air panas. Tips untuk dapatkan cucur yang rangup kat luar dan lembut di dalam.



Untuk makan dengan cucur ni macam biasa la mesti ada sos yang berbeza. Memasing ada selera memasing kan. Cie suka sos tomato campur blackpepper, mayonis. Adik Rania suka sos thai dan mayonis. Kakak Raisha kalau makan cucur ni dia suka mayonis je. Babahnya pulak sos thai je.


Tadi Faiz sarapan dulu sebabnya dia nak ke kebun pulak. Kami 3 beranak sarapan lewat sikit 8 lebih. Apa aktiviti hari ni? Plan nak masak menu special lunch nanti kalau rajin.


Catat Ulasan

14 Ulasan

  1. Ya Allah, sedapnya cucur udang 🤤 lama tak buat cucur udang. Bila la rajin nak buat ni hihi

    BalasPadam
  2. yums sgt ni!! happy sunday cie!! MZ dok rumah jer..tp tghari nanti nak bwk my razeen gi klinik, nak kena bukak bandage

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah sampai 2 cucur ya Cie. Rajin.. kami nak keluar kejap lagi gi kenduri pak sedara belah suami, dia kahwin semula selepas kematian isterinya 2 tahun lepas

    BalasPadam
  4. kt umah ni cucur bilis yg instant MIL slalu goreng

    BalasPadam
  5. waaahhh dua jenis cucur ni mmg laku keras jugak kat rumah ana ehehehe

    BalasPadam
  6. Akak buat cucur jagung pagi tadi.

    BalasPadam
  7. comeii betul udangnya.. dah macam udang kering hehe
    sedap cucur udang! kat rumah mak saya biasa buat cucur bilis je

    BalasPadam
  8. Dulu kecik² panggil goreng tepung je..hihihi

    BalasPadam
  9. Pagi Sabtu pun kita buat cekodok juga... cekodok bawang dan ikan bilis.
    Permintaan Najwa... dah minta beberapa hari yang lepas.... nasib baik buat pagi Sabtu tu, Malam tu kemalangan. Kalau tak mesti akk cakap kempunan cekodok ni...

    BalasPadam
  10. Sedap-sedap cekodoknya Cie. Teringat emak kita buat sarapan masa kecik-kecik dulu.

    BalasPadam
  11. tudiaaa...dua jenis cucur terus! Kecur liur tengok cucur udang dengan cucur sayur bilis tu. Terima kasih kongsi tips nisbah air suam 1:3 tu Cie, patutlah nampak elok sangat kejadiannya—rangup kat luar, lembut kat dalam. Lepas ni bolehlah akak cuba teknik ni kat rumah pulak..terus teringin cucur bilis cicah sambal sardin...dapnyaaa

    BalasPadam
  12. Rajin Cie buat dua jenis cucur.. Sha selalu buat cucur bilis.. Lama tak buat cucur udang.. Macam best ja tapi tu lah nak kopek udang kecik-kecik tu stress.. kikiki..

    BalasPadam
  13. Memang ada plan nan buat bakwan sayur . Sebenarnya teringin juga pakai udang, tp lagi kosong stok udang. Sayur je lah 😄. Kalau saya makan cucur atau bakwan ini pakai cabe rawit hijau kak. Jadi gigit bakwan, lalu gigit cabe juga. 😄. Orang2 Indonesia selalu seperti itu makan bakwan , biar pedesnya gong 😁🤭😁

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.