Faiz settle kan ayam 3 ekor. Cie pulak settle daging, paru dan udang putih. Rebus paru dulu dalam periuk noxxa, sementara tunggu paru siap 45 minit Cie potong daging dan buang kulit udang putih kecil tu.
Siap je paru, Cie masukkan daging pulak dalam periuk noxxa. Rebus siap-siap senang nanti simpan dalam freezer. Nak masak lebur je terus dalam kuali.
Daging tu nak masak gulai daging plan raya pertama sekali dengan ayam masak merah. Entahla nak masak nasi apa. Ada jugak beli rempah bukhari try la nanti masak nasi bukhari.
Paru tu nak buat paru berlado je kot nanti untuk menu dinner ke menu lunch waktu cuti ke. Tengok la mana yang jadi nanti. Udang putih nak buat cucur udang esok untuk sarapan.
Semalam ada beli bawang rose murah je Cie beli 500gm RM1 lebih je. Berapa sen entah. Tadi baru tengok. Semalam tak tengok harga pun main pilih je masuk plastik.
Settle dah buat bawang goreng. Cie memang tak beli bawang goreng dalam peket tu. Buat sendiri je lagi sedap. Ada orang kata susah, tak jadi. So far Cie buat bawang goreng jadi je. Nah Cie share cara buat bawang goreng homemade.
Siap semuanya kerja di dapur pukul 12 lebih. Tunggu nak solat Zohor dulu baru nak keluar sekejap nak cari makan dan ada barang nak beli kat Mini Ria dekat rumah ni je. Semalam dah 2 pasaraya pergi ada jugak lagi barang yang tercicir nak beli. Itulah sejenis Cie. Hihi







1 Ulasan
Tak ambil order dah ke bawang goreng tu😅
BalasPadamTerima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.