Dalam sepeket tu ada 8 keping. Pagi ni tadi Cie habiskan terus jela buat 8 keping tu. Senang betul ada yang segera macam ni. Thaw sekejap lepas tu panaskan minyak terus goreng je dalam minyak dah siap.
Cie buat sardin goreng. Memang ngam cicah dengan roti puri. Kari ayam tu Cie panaskan je ada leftover baru ni masa masak menu kari ayam untuk dinner. Dapat la panaskan buat cicah sarapan pagi ni.
Sebelum ni Cie pernah buat roti puri tapi anak-anak tak makan. Cie pun bancuh la lempeng beberapa sudu. Entah kenapa lempeng Cie macam tak menjadi sangat tapi ok je cuma macam tak lawa. Sambil menggoreng roti puri sambil melempeng tu terlajak hitam lempeng jadinya.
Masa nak makan tadi anak-anak ambil jugak roti puri. Eh Cie cakap la bukan tak makan ke roti puri. Jawapannya itu dulu sekarang dah makan. Katanya sedap pulak roti puri. Kalau dari awal tau makan takdela ibu ni membancuh lempeng. Adoi la anak.
Dah makan ni senang la next time beli roti puri tak payah buat lempeng dah. Alhamdulillah kenyang dah siap sarapan.
Pagi ni bekerjasama dengan Faiz nak settle ayam beli 3 ekor, paru dan daging semalam tak sempat nak settle lepas beli barang merayap ke KL pulak.



10 Ulasan
sarapan yg ringkas dan sedap dimakan. masa pun jimat. keep it up!
BalasPadamnampak sedap la roti puri tu!!! bolehlah MZ try beli nanti yg versi frozen gini
BalasPadamSenang kalau ada yg frozen, tak payah nak menguli lagi.
BalasPadamWahhhhh... senanglah ada yang segera.
BalasPadamWah, senang, ada roti puri segera. Sedap cicah sardin.
BalasPadamRingkas, sedap dan mudah disediakan
BalasPadamroti puri ni sedap gak kalau makan dgn sambal bilis kee
BalasPadamLinda ni tak reti nak melempeng..
BalasPadamSekarang dah mudahkan bila ada yang frozen.. Sha macam tak nampak lagi roti puri frozen tu kat tempat Sha.. Kalau ada bolehlah beli nanti.. Makan dengan sambal sardin memang bestlah..
BalasPadamHahahah dah berubah selera mereka yaaa. Tp terkadang selera ini memang bisa berubah . Banyak makanan yg dulu saya tak suka, sekarang malah jadi suka sangat
BalasPadamTerima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.