Sarapan Roti Puri Dan Lempeng

Semalam beli barang dapur ternampak ada roti puri frozen dalam freezer BS Freshmart tu terus la Cie ambil sepeket. Senang tak payah nak menguli mencanai nak buat roti puri. Sebelum ni buat sendiri. Ni dah jumpa yang frozen senang la. 


Dalam sepeket tu ada 8 keping. Pagi ni tadi Cie habiskan terus jela buat 8 keping tu. Senang betul ada yang segera macam ni. Thaw sekejap lepas tu panaskan minyak terus goreng je dalam minyak dah siap.


Cie buat sardin goreng. Memang ngam cicah dengan roti puri. Kari ayam tu Cie panaskan je ada leftover baru ni masa masak menu kari ayam untuk dinner. Dapat la panaskan buat cicah sarapan pagi ni.



Sebelum ni Cie pernah buat roti puri tapi anak-anak tak makan. Cie pun bancuh la lempeng beberapa sudu. Entah kenapa lempeng Cie macam tak menjadi sangat tapi ok je cuma macam tak lawa. Sambil menggoreng roti puri sambil melempeng tu terlajak hitam lempeng jadinya.

Masa nak makan tadi anak-anak ambil jugak roti puri. Eh Cie cakap la bukan tak makan ke roti puri. Jawapannya itu dulu sekarang dah makan. Katanya sedap pulak roti puri. Kalau dari awal tau makan takdela ibu ni membancuh lempeng. Adoi la anak.

Dah makan ni senang la next time beli roti puri tak payah buat lempeng dah. Alhamdulillah kenyang dah siap sarapan. 

Pagi ni bekerjasama dengan Faiz nak settle ayam beli 3 ekor, paru dan daging semalam tak sempat nak settle lepas beli barang merayap ke KL pulak.


Catat Ulasan

1 Ulasan

  1. sarapan yg ringkas dan sedap dimakan. masa pun jimat. keep it up!

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.