Aktiviti Hari Sabtu 23 Mei 2026

Selesai je sarapan roti puri dan lempeng pagi tadi Cie terus masuk dapur. Ada beberapa kerja nak diselesaikan kat dapur hari ni memandangkan takde aktiviti apa-apa nak dibuat.

Faiz settle kan ayam 3 ekor. Cie pulak settle daging, paru dan udang putih. Rebus paru dulu dalam periuk noxxa, sementara tunggu paru siap 45 minit Cie potong daging dan buang kulit udang putih kecil tu.





Siap je paru, Cie masukkan daging pulak dalam periuk noxxa. Rebus siap-siap senang nanti simpan dalam freezer. Nak masak lebur je terus dalam kuali.

Daging tu nak masak gulai daging plan raya pertama sekali dengan ayam masak merah. Entahla nak masak nasi apa. Ada jugak beli rempah bukhari try la nanti masak nasi bukhari.

Paru tu nak buat paru berlado je kot nanti untuk menu dinner ke menu lunch waktu cuti ke. Tengok la mana yang jadi nanti. Udang putih nak buat cucur udang esok untuk sarapan.

Semalam ada beli bawang rose murah je Cie beli 500gm RM1 lebih je. Berapa sen entah. Tadi baru tengok. Semalam tak tengok harga pun main pilih je masuk plastik. 


Settle dah buat bawang goreng. Cie memang tak beli bawang goreng dalam peket tu. Buat sendiri je lagi sedap. Ada orang kata susah, tak jadi. So far Cie buat bawang goreng jadi je. Nah Cie share cara buat bawang goreng homemade.


Siap semuanya kerja di dapur pukul 12 lebih. Tunggu nak solat Zohor dulu baru nak keluar sekejap nak cari makan dan ada barang nak beli kat Mini Ria dekat rumah ni je. Semalam dah 2 pasaraya pergi ada jugak lagi barang yang tercicir nak beli. Itulah sejenis Cie. Hihi




Catat Ulasan

11 Ulasan

  1. Tak ambil order dah ke bawang goreng tu😅

    BalasPadam
  2. MZ singgah sini BW mlm2...ni nak start kelas online ni...kelas masters :) happy weekend cie!

    BalasPadam
  3. Pandai Cie manage barang2 utk menu nak dimasak kemudian nanti. Memang memudahkan kerja kita kan..

    BalasPadam
  4. kalau wak dah rebus tu, separuh habis diratah

    BalasPadam
  5. Yes! Bawang goreng buatan sendiri jugak paling sedap!

    BalasPadam
  6. paru kt umh pn dh siap rebus...smlm amik dlm freezer goreng utk berbuka puasa

    BalasPadam
  7. Lama tak buat kerja² mcm ni..hihi..

    BalasPadam
  8. Suka tengok cara Cie menguruskan dapur. Memang bijak buat persiapan awal rebus siap-siap paru dengan daging pakai periuk Noxxa tu. Nanti waktu cuti atau hari raya, kerja memasak jadi jauh lebih cepat dan tak kelentang-kelenting kat dapur. Plan menu Nasi Bukhari tu pun nampak menarik sangat..akak plan masak rendang daging dan buat sup tulang je..xde masak beria sangat

    BalasPadam
  9. Bila dah siap rebus daging tu memang mudahlah nak masak..

    BalasPadam
  10. Sama macam mama saya, kalau buat bawang goreng pasti buat sendiri. Dan memang sedap. Kalau saya tak ada kesabaran nak hiris 😂😂. Jadi selama ini selalu beli. Cuma untungnya ada seller yg bawang goreng buatan dia memang sedaplah, walau jadi mahal. Tak apa, Krn kalau buat sendiri confirm tak akan seenak itu 😅😅

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.