Sepatutnya 1 Jun gantian untuk 31 Mei Wesak tu tapi sebab 1 Jun pun dah cuti Agong tu yang digantikan kepada 2 Jun. Alhamdulillah rezeki dapat cuti panjang yang bersambung. Boleh la berehat di rumah. Tu yang Cie masih kerja hari ni sebab nanti nak cuti panjang.
Kampung dekat je jadi tak kalut nak balik kampung. Memang akan beraya di rumah sendiri je. Macam plan nak suruh family je datang beraya rumah Cie.
Selalunya hari kerja Cie buat IF sampai la lunch time. Tapi pagi ni Cie saja taknak buat IF sampai tengahari. Cie IF sampai 9.30 pagi je. Alkisahnya malam tadi kami ke 7E Cafe anak-anak nak mencari roti untuk sarapan. Cie pun join la juga.
Anak-anak beli roti dan air Tea Live yang instant tu. Lupa pulak nak ambil gambar semalam. Mereka bancuh sendiri la. Cie pulak beli roti cheese dan air instant yang Aik Cheong. Cie ambil yang Chocolate tu ada marshmellow. Memang sedap hot chocolate letak marshmellow tu.
Cie masuk kitchen letak air panas sikit. Cie campur air sejuk jugak. Nak bancuh pun senang. Kalau taknak manis tak perlu letak brown sugar tu. Cie letak je dan tambah kuantiti air. Jadi takdela manis dan just nice je rasa chocolate tu.
Boleh repeat lagi la lepas ni memang sedap. Roti cheese 7E tu pun sedap. Cie memang suka. Ada masa beli yang 6pcs tu. Semalam beli yang 2pcs je. Pagi tadi sarapan Cie makan 1pcs je sambil buat kerja.
Dah masuk petang baru sempat mengarang entri sarapan. Saja jela nak share.






8 Ulasan
Selalu kena paw dgn anak2 sebelum pergi sekolah waktu pagi.. singgah 7E nak beli roti la.. nak beli air la hahaha.. yes roti cheese tu sedapp
BalasPadamBelum pernah try kopi yang dalam cup camtu.
BalasPadamNampak sedap pulak.
Oh 1 Juni di manapun libur yaaa. Di sini juga, tp hari kelahiran Pancasila (dasar negara di sini). Saya nak ke bandung juga long weekend ini, ajak beberapa teman blogger Malaysia yg liburan ke JKT selama ling weekend 😄.
BalasPadamSedap nampaknya minuman tuh kak. Nanti nak cari di KL 😍😍
semlm MZ keje jugak..wfh ie kelas online selama 4 jam. anyway, Salam eidul adha 1447H dari MZ sefamili
BalasPadamSedapnya
BalasPadamPagi-pagi kalau dapat roti cheese dengan hot chocolate letak marshmallow macam Cie makan ni, memang auto ceria la nak buat kerja. Betul tu, sekali-sekala 'cheat day' tak buat IF apa salahnya, kan? Selamat menyambut Aidiladha untuk Cie sekeluarga nanti ya!
BalasPadamhari selasa tu, linda ambil half day..cuti sehari je, hari rabu
BalasPadamyang ni saya tak pernah beli lagi. rupanya memang dah disekalikan dgn marshmallow ekk
BalasPadamTerima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.