Sarapan Pagi 28 Mei 2026

Hari ni Cie cuti lagi dapat CTRK Raya Haji Kedua. Tahun lepas tak dapat sebab raya kedua jatuh pada hari cuti dah. Tahun ni raya haji tengah minggu so merasa la guna Cuti Tanpa Rekod Kelompok buat pertama kali sejak diperkenalkan baru-baru ni.

Faiz kerja dah hari ni. Biasa la dia orang tempatan jadi kena la cover kawan-kawan yang balik kampung. So dia tak ambil la CTRK Raya Haji Kedua.

Pagi ni Cie masak lempeng je untuk sarapan. Ada leftover gulai daging dan sardin goreng. So boleh la cicah lempeng. 





Plan asalnya nak masak nasi lemak. Cancel la plan nasi lemak, on plan masak lempeng. Elok kejadian lempeng Cie pagi ni. Buat 7 keping. Anak-anak makan 3 keping sorang. Selera betul makan lempeng. Cie makan sekeping je. Lepas tu makan ketupat palas.

Alhamdulillah kenyang dah sarapan 3 beranak je. Faiz keluar kerja dah 7 lebih pagi tadi tak sempat dia nak breakfast. Masa dia keluar Cie baru nak masak lempeng.

Apa aktiviti hari ni? Macam biasa hari cuti Cie mengadap blog jela. Korang jangan lupa ye komen kat semua post blog Cie. Cie nak mencari pemenang top komentator yang baru bulan ni. Mana tau rezeki korang.


Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. Lempeng roll ✨ Sedap breakfast pagini.

    BalasPadam
  2. sedap nampaknya. kita keje. tak amik pun cuti tu. keja banyak.. rabu dah terus meeting. waaaawaaaaaa

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.