Shopping Dan Jalan-jalan Melawati Mall Cuti Hol 22 Mei 2026

Jumaat minggu lepas Pahang cuti hari hol. Sekolah pun mula cuti awal la dari negeri lain. Cie memang plan nak mencari kasut anak-anak cuma taktau nak cari di mana je lagi masa tu.

Anak-anak pulak masa bercuti di KL awal bulan 5 hari tu tak cakap pun kasut sukan dah tak boleh nak pakai. Kakak Raisha punya kasut masa ikut Cie evening walk lalu tepi tapak pembinaan dia terpijak skru tembus kena kaki dia cuma skru tu pendek je. Kalau panjang memang luka la kaki dia.

Setiap hari kalau pakai baju PJ dia pakai kasut sekolah jela. Cie pun membebel la kenapa masa bercuti tu tak cakap kasut dah tak elok. Sejenis kakak Raisha ni memang gitu selagi boleh pakai dia akan pakai.

Masa ke Jerantut pun dah cari kat Al-Ikhsan takde size dia. Jumpa dah kasut yang dia berkenan nak warna hitam kena ada putih sikit. Taknak full hitam. Kat Al-Ikhsan Lipis pun takde. Nak beli online kang takut salah size.

Tu yang Jumaat minggu lepas masa beli barang dapur Faiz tanya nak cari kasut anak ke? Cie cakap nak cari kasut Cie jugak sekali. Faiz tanya nak cari di mana. KL la jawapannya Melawati Mall jela senang semua ada. Kita buat Lipis - KL macam sebelah-sebelah je ye. Baru je lagi awal bulan turun KL, 22 Mei turun lagi semata cari kasut. Dekat je 2 jam. 

Kami gerak dah pukul 12. Singgah Bentong Faiz solat Jumaat. Cie ke rumah kakak Cie untuk solat sementara tunggu Faiz siap solat Jumaat. Naik dengan anak buah kebetulan dia baru lepas tutup kedai ayam. Kedai sebelah masjid je.

Siap Faiz solat Jumaat dia ambil kami di rumah kakak dan terus gerak ke KL. Bentong - KL 30 minit je. Terus ke Melawati Mall.

Sports Direct

Tempat utama kami tuju mesti la kedai Sports Direct ni. Lama jugak la kat situ. Terlalu banyak pilihan sampai rambang mata la semua rasa elok. Harga pun ada yang sales. Cie bagi anak-anak cari sendiri la kasut mereka yang nak pakai.


Mulanya dah pilih sorang Puma dan sorang Adidas. Sales person tu pun dah hantar kat kaunter. Kasut mereka pilih bawah RM200. Masa Cie pilih kasut Cie, anak-anak ada sekali. Mereka nampak pulak brand Asics terus la nak tukar pulak. Haihhh nasib la sales person tu baik sungguh melayan. Cie tanya dulu boleh ke tukar. Adik tu jawab boleh je nanti dia tukar. Adik Rania sama size Cie dah 8.5US. Kakak Raisha kecik 8US.


Cie punya memang pilih yang ada sales dan murah je. Bukan apa pernah ye dah beberapa kali beli yang harga RM200+ kesudahannya rosak sebab tersimpan je. Tu yang rasa rugi. Bukan sejenis bersukan pun.

Ni Cie punya. Ada warna ni je. Rubble Red. Tapi takdela merah sangat pun.



Kalau ikutkan baru je lagi Faiz beli matchy dengan dia brand Line7 tu. Keras kasut tu setiap hari Cie kan berjalan pusing taman jadi sakit kaki. Tu yang mengada nak beli lain. Cie beli Asics jugak harga RM139 je selepas diskaun. Sales person tu cakap Cie punya tu dah beberapa kali mark down price. Yang anak-anak punya tu RM199 baru sekali je mark down. Nanti akan mark down lagi katanya cuma taktau bila.


Yang best kat Sports Direct ni kasut sales semua ada size. Kalau kat Al-Ikhsan tu buat sales selalu la takde size. Cie pun join member dan dapat la points untuk hari tu. Total semua sekali RM544 termasuk beg RM7. Terlupa pulak bawak beg shopping padahal ada je dalam kereta.

Kedai Bata

Masuk kedai Bata ni Faiz cari kasut kerja. Kesimpulannya anak beranak cari kasut. Kasut Faiz RM139. Kat Bata pun Cie collect point jugak dulu selalu beli kasut sekolah anak-anak. Cie pun pernah beli kasut kerja.




The Chicken Rice Shop

Biasa la kalau shopping je anak-anak mesti lapar. Cie ajak try Tea Garden, kakak Raisha taknak pulak nak makan nasi katanya. Masa tu dah pukul 5 lebih. Kira dinner terus la. Lunch kami tak makan masa tu masih kenyang sarapan pagi nasi kerabu. Masa singgah rumah kakak tu dah makan keropok dan buah. Dia ajak makan nasi kami taknak.








Biasa la kalau ke TCRS wajib la order kerabu mangga dan wantan. Nasi macam biasa ambil ayam yang crispy. Faiz je nak try yang soy sauce tu. 


Brands Outlet

Dah macam kedai wajib singgah kat BO ni. Beli baju sehelai sorang kami 3 beranak. Banyak pilihan cuma warna yang Cie dah ada. Tu yang malas dah beli blaus. Beli t-shirt lengan panjang je sehelai cukup la.



Mixue

Sebelum balik adik Rania request nak ais krim Mixue. Cie pun join la beli yang dalam cup. Adik Rania dalam kon je. Kenyang sebenarnya makan TCRS tapi nak jugak makan ais krim.





Selesai Shopping, Jalan dan Makan

Dah selesai kami pun gerak balik. 6 lebih dah kami keluar dari MM tu. Nasib baik la tak jem. Risau jugak masa tu takut orang balik cuti raya. Agaknya takde orang sangat gerak balik kampung Jumaat tu.


Sehingga kita bertemu lagi mungkin tidak lama lagi. Hahaha



Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. Wah, satu family dapat kasut baru. 👍 Best shopping² jalan² makan². 😊

    BalasPadam
  2. Sakit tu kakak Raisya kena skru. Semoga cepat sembuh

    Kalau pegi TCRS Faa wajib order Pai Tee. Aaa fav..

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.