Karnival Liga Pahang 1st

Weekend baru ni ada berlangsung karnival Liga Pahang 1st piala Sultan Abdullah. Ada game bola la. Lepas tu ada sekali la karnival makanan baru la orang datang kan. 


Hari Sabtu malam tu kami pun pergi la ke Dataran Orang Kaya Haji. Sebelah malam ada persembahan nyanyian, pertunjukan api dan jualan makanan. 


Kami pergi selepas Isyak. Dah dinner lepas Maghrib kat rumah. So ke dataran tu saja nak melepak jela. Sampai je tengok tak ramai pun orang. Macam suram je. 

Kami duk je tepi dulu. Kakak Raisha berjalan dengan geng dia. Sementara nak tunggu pertunjukkan api tu kami melepak jela. Mulanya macam malas nak beli apa-apa. Terasa dahaga pulak duk melangut je. Mintak duit kat Faiz, Cie dan adik Rania pusing area jualan makanan tu nak tengok apa yang menarik. 

Adik Rania nak air mangga RM6. Cie nampak ada orang jual latte beli la juga iced hazelnut latte RM10. Nampak ada cheese tart buncit yang kakak Raisha plan nak beli tu Cie belikan terus la dia entah ke mana dah dengan kawan-kawan. Cheese tart tu RM18 ada 6pcs.







Cheese tart tu sedap meriah dengan cheese. Latte tu je macam tak berbaloi dengan harga. Rasa plain je cuma ada rasa hazelnut tu je. Macam cair betul. Tula kalau kopi tepian jalan ni memang tak berbaloi beli. Harga taknak kalah macam kopi brew. 

Dah terbeli kan habiskan la jugak. Air mangga lupa nak rasa taktau la apa rasa. Tak habis pun adik Rania minum. Bawak balik rumah simpan dalam peti. 

Pertunjukan api tu Cie tengok dari jauh je malas nak ke depan stage tu. Rekod guna Vivo boleh zoom nampak jelas jugak cuma ada gangguan orang lalu lalang jela. 

Pertunjukkan api yang biasa kat pulau tu. Yang sembur-sembur api, pusing-pusing api tu. Katanya dari Kuantan orang yang buat pertunjukkan tu. Pengalaman setahun lebih dah katanya. 2 beradik buat pertunjukkan. 

Pukul 11 lebih jugak habis event tu. Pertunjukkan api 2 kali selebihnya nyanyian entah siapa penyanyi tak kenal. Ada bintang kecil yang nyanyi tu sedap juga suaranya. 




Catat Ulasan

1 Ulasan

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.