Menu Dinner: 7 Jun - 12 Jun 2026

Kembali kita meneruskan entri menu dinner untuk 7 Jun hingga 12 Jun yang lepas. Cie ni takdela rajin sangat sebenarnya kekadang ada masa penat juga balik kerja nak masak.


Cuma tu la Lipis ni takde banyak pilihan kedai makan dan boleh kata semua kedai Cie dah pernah makan jadinya jemu dah rasa tu yang masak jugak la walaupun simple je asalkan anak dan suami berselera makan.

Anak-anak jenis cerewet jugak bab makan tapi kalau masakan Cie belum pernah lagi la anak-anak cakap tak sedap. Air tangan ibu kot walaupun campak-campak sedap jugak dah dari kecik rasa yang sama.

Faiz pulak jenis tak cerewet. Sedap ke tak sedap ke dia telan je. Apa yang Cie hidang dia makan je. Jarang jugak request nak makan apa. Jadi Cie la kena perah otak fikir nak masak apa.

Panjang la pulak cerita di atas ni. Jom la Cie share menu apa Cie masak minggu tersebut. Mana tau kot boleh bagi idea kat korang yang nak memasak tu.


7 Jun 2026


Malas nak masak nasi. Cie pun masak la spageti aglio olio  dengan bahan apa yang ada. Cie letak udang dan sotong, cendawan butang, tomato ceri. Lepas tu tabur jela daun ketumbar dan parmesan cheese. Licin sekuali Cie masak guna pan masaki ni terus hidang je atas meja. 


8 Jun 2026


Cie masak udang dan sotong salted egg guna serbuk yang instant brand Bestari. Nanti Cie share dalam entri lain. Request by anak-anak la ni mereka rasa sedap masa makan di Bentong rumah kakak Cie.

Sebelum ni pernah dah order masa makan kat kedai tapi anak-anak taknak makan. Rupanya baru ni mereka makan kata sedap. Cie pun buat la. Menu lain Cie masak telur mata goreng sos, cendawan tiram tepung bestari dan ulam timun.


9 Jun 2026


Hari-hari masak memang idea nak masak apa tu susah jugak nak fikir. Jadinya masak jela tomyam, telur dadar, ikan bilis lobak masin goreng dan ulam timun.

Tomyam tu Cie guna leftover kuah oden masa Cie buat steamboat. Masuk dalam freezer so boleh guna semula tak membazir pes oden tu. Dapat tomyam seperiuk. Leburkan je ayam, carrot, cendawan tiram, bunga kobis dan bahan tomyam yang lain.


10 Jun 2026


Ayam masak tempoyak letak daun kesum memang sedap. Rendang daging tu leftover yang weekend tu Cie bekukan dalam freezer. Panaskan je dah selesai habis semangkuk kecil tu. Mangga gergasi yang Faiz bawak balik Cie buat kerabu mangga. Sayur goreng buncis goreng kicap je.


11 Jun 2026


Kakak Raisha request ayam goreng berlado minggu sebelum tu tapi stok cili besar dah habis. Weekend beli barang dapur terus restock cili besar boleh la buat ayam goreng berkado.

Cie goreng ikan rebus, kerabu mangga ikan bilis goreng, ulam timun, ulam batang lambuk, sambal tempoyak


12 Jun 2026


Ketandusan idea dah taktau nak masak apa. Cie cakap kat kakak Raisha masak sikit jela nasi ibu buat nasi goreng je. Chop bawang putih, bawang besar, cili padi, ikan bilis. Tu je rencah nasi goreng. Ayam tu gaul tepung bestari dan goreng. Ada timun, cili potong, keropok goreng. 

Mangga tu sebiji besar. Dah 2 kali buat kerabu mangga. Nak buat ayam mangga tak sempat dah terlalu masak. Makan jela sedap manis. Banyak tu tak habis simpan dalam fridge. Esoknya baru habis.





Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. Nampak ayam masak tempoyak tu alahai sedapnya

    BalasPadam
  2. Bersyukur memang kalau dapat suami yg tak picky soal makanan. Salah satu kenapa saya memilih suami, Krn dia orang Jawa dan tak kisah makanan hanya 1 lauk atau 2, yg penting bisa dimakan. Dan lidah orang Jawa terbiasa menu simple, beda dengan lidah sumatera 🤣.

    Memudahkan bagi saya yg tak suka masak 😄.

    Lihat menu di atas nanti bisalah jadi referensi saya membuat menu harian juga 😍

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.