Minggu Awal Jun Yang Busy

Minggu 8 hingga 12 Jun 2026 ni memang Cie tersangat busy setiap hari. Macam tak cukup nafas rasa. Ingatkan lepas naik cuti raya haji tenang-tenang jela. Rupanya tak tenang ye guys!

Busy berpunca dari macam takde hari esok. Mana tak nya berderet meeting, audit dan kursus street dari Isnin 8 Jun sampai Rabu 10 Jun. Fuhhhh lap peluh.

8 Jun 2026

Cie diminta untuk menggantikan ketua jabatan Cie hadir ke Mesyuarat Penyelarasan Perancangan Projek Blok Baharu Tambahan Hospital Kuala Lipis. Mujur la Cie hadir dapat juga fight untuk blok baru jabatan Cie nanti. 



Hospital baharu tu dalam 12km dari lokasi sekarang. So jauh la memang kena ada jabatan lain di sana. Semua ni perancangan mungkin 5-10 tahun akan datang belum pasti.

Habis je meeting kena la siapkan justifikasi untuk menyokong hujah Cie tu. Bukan senang ye nak meyakinkan orang atas-atas ni.

Meeting ni sebelah petang bermula 2.30 hingga 4.30 petang. Sebelah pagi hingga tengahari jela Cie sempat siapkan kerja di office. Habis meeting Cie terus balik je tak masuk office dah.


9 Jun 2026

Selasa 9 Jun pulak hospital ada Penilaian Risiko Kesihatan Kimia. Jabatan Cie salah 1 jabatan yang terlibat untuk diaudit. Kebetulan pulak jabatan Cie ada training 11.30am. Mintak la dengan penyelaras untuk auditor audit jabatan Cie dulu.

9 pagi auditor sampai. Kami diberi taklimat dulu berkenaan dengan perjalanan penilaian. Auditor sorang je. Cie terlewat sikit masuk. Mulanya dah masuk meeting room tu Cie tak bawak file pun. Lepas tu tengok semua orang bawak file, Cie pun turun la office semula anbil file. Bila Cie masuk je auditor tu dah ada. Segan la pulak nampak macam tak punctual. Rupanya tak tengok pun file tu.



Selesai auditor buat opening audit, semua dijemput bersarapan dulu. Cie ambil jela sebungkus bihun goreng bawak ke office. Nak prepare dulu, jabatan Cie yang pertama akan diaudit.


Dalam 30 minit selepas tu auditor pun sampai kat jabatan Cie. Dia interview sikit, tengok stor chemical jabatan Cie dan tengok dishwasher. Chemical yang digunakan untuk dishwasher ada 2 jenis dan sabun sunlight. Tu jela. Sekejap je rasanya tak sampai 15 minit pun.

Auditor pun ok takdela mencari salah ke apa. Dia just buat penilaian untuk tengok risiko keselamatan kepada pengguna. So far takde lagi kes pasal chemical kami ni. Cuma precaution kena ada la takut terkena mata atau sebagainya. 

11.15am kami mulakan training di jabatan Cie dengan semua staf. Ada 2 orang jela tak dapat hadir. Cie bagi training berkenaan dengan audit bulan 5 hari tu. Apa penambahbaikan yang Cie nak semua staf buat.

Laju-laju bagi training, 12.30pm dah closing audit penilaian tu. Kelam kabut jugak Cie masuk meeting room. Masa Cie masuk tu dah selesai dia komen audit tempat Cie tak sempat la nak dengar. Last tu pengarah ada ulang balik katanya semua staf kena pakai face shield masa buat pencucian. Yang tu ada auditor cakap masa dua audit tu. Cie ingatkan kot ada apa-apa lagi cadangan lain.

Selesai closing audit kami diberikan makanan lunch. Cie ambil la sebungkus bawak masuk office. Waktu rehat lunch tu Cie tak balik. Kebetulan adik Rania kena stay ada training choral speaking.


Sebelah petang baru la sempat nak mengadap kerja yang menimbun. Memang tak cukup masa Cie nak buat kerja. 


10 Jun 2026

Rabu 10 Jun pulak ada training 7th edition untuk Akreditasi. Ni pun short notice. Hari Isnin tu baru la penyelaras bagi surat jemputan. Cie pun hadir la training tu katanya start 8.30 pagi. Cie masuk lewat sikit 8.40 pagi rupanya belum start.


9 pagi baru start training online je. Trainer tu pihak MSQH sendiri la yang bagi. So penyelaras buka di meeting room je VC tu. Kena la menonton secara beramai-ramai. 

Ada disediakan makanan juga untuk sarapan dan makan tengahari. Untuk sarapan tu Cie tak ambil nasi lemak. Sebelum masuk training tu Cie dah makan roti. Bekal ice caramel latte 7E pun ada tu yang taknak nasi lemak.

Makanan lunch Cie tak ambil jugak sebab kalut keluar awal nak ambil anak sekolah pulak. Faiz takde jadinya Cie la kena ambil adik Rania sekolah. 

Sebelah petang baru la sempat mengadap kerja yang menimbun. Tak pernah takde kerja Cie ni. 

3 Hari Dengan Meeting, Audit, Training

Khamis dan Jumaat baru la boleh bernafas sikit dah takde kena meeting, kena audit dan training. Lega rasa dapat hadap kerja dan fokus siapkan kerja sendiri.



Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. Sebenarnya busy tu bagus utk mind refreshing, kemudian mengasah time management dan juga kita dpt menilai kemampuan diri sendiri ketika menghadapi stress. Semoga berjaya Cie dlm apa jua yg diusahakan. Insha Allah

    BalasPadam
  2. Lega dah lepas. Hehe kiranya selepas rehat lama cuti raya haji.

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.