Pemenang Top Komentator Mei 2026 di Blog Roziah Muhammad Nor

Segmen Top Komentator Bulanan di blog ini diteruskan lagi untuk bulan Mei 2026. Tak sangka dah 10 bulan segmen ini berjalan sejak Ogos 2025 sebagai tanda penghargaan kepada rakan blogger yang rajin tinggalkan komen dan aktif berinteraksi setiap bulan.

Antara pemenang-pemenang sejak Ogos 2025:

Ogos 2025: Fanny & Nina
Sept 2025: Mama Zharfan
Okt 2025: Etuza
Nov 2025: Suria Amanda
Dis 2025: Cuya
Jan 2025: Cuya
Feb 2025: SiiNurul
Mac 2025: Cuya
April 2025: Fanny

Kalau tengok senarai pemenang orang sama je kan. Rajin mereka ni komen banyak-banyak entri Cie.

Seperti biasa, pemenang dipilih berdasarkan rekod dalam widget Top Komentator, yang Cie screenshot pada hari terakhir bulan antara jam 8:00 malam – 11:59 malam. Masuk sahaja jam 12:00 tengah malam, widget tersebut akan auto-reset ke bulan baharu. Untuk bulan ni Cie screenshot pada pukul 9.15 malam.


Pemenang Top Komentator Mei 2026

Dengan penuh penghargaan, pemenang bagi bulan Mei 2026 ialah:


Tahniah kerana menjadi Top Komentator Mei 2026. MZ dah pernah menang bulan September 2025. Kepada MZ boleh whatsapp Cie (klik) jika ada perubahan alamat penghantaran hadiah.

Komen MZ dan Fanny sama 64 komen. Semua entry Mei mereka komen ni. 



Top Komentator Bulan Akan Datang

Nak jadi pemenang bulan akan datang? Teruskan aktif memberikan komen di setiap posting Cie. Cie nak mencari pemenang baru yang belum pernah menang apa-apa dari blog Cie. 

Semua komen anda akan direkodkan secara automatik dalam widget Top Komentator. Lagi aktif, lagi tinggi peluang untuk naik ke tempat pertama. 

Jadi, kalau anda belum pernah menang mungkin bulan depan rezeki anda pula. 


Terima Kasih Atas Sokongan Anda

Terima kasih kepada semua pembaca dan rakan blogger yang terus menyokong blog ini sejak dulu. Setiap komen kalian sangat bermakna.

Nantikan pengumuman Top Komentator Bulan Jun 2026 pula selepas ini!


Catat Ulasan

4 Ulasan

  1. Alhamdulillah dan tahniah pada MZ.

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah... Tahniah MZ...
    Linda ni, kalau cuti..memang ke laut dalam la berbloggingnya.. hahaah

    BalasPadam
  3. wahhh nama MZ laaa...tq cie!!! alamat MZ sama jer..hp pun sama. takde apa2 perubahan ;)

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.