Melangut duduk takde orang ambil order. Pekerja tak ramai. Yang ambil order tu tukang buat air, ada sorang tengah packing makanan bungkus, sorang tengah mencuci apa entah kat sinki.
Cie pun bagi isyarat kat Faiz nak ajak blah je. Kami rushing pukul 9 adik Rania nak kena ke sekolah ada training choral speaking. Kami terus ke Restoran Kuah je.
Sampai je kami duduk terus ada pelayan ambil order. Cepat je service. Kalau tunggu kat kedai sana tadi entahla pukul berapa baru dapat makan.
Kami order teh o ais 2 untuk kakak dan adik, Faiz order air suam. Cie minum je air anak-anak tu selalu tak habis. Makanan pulak kakak Raisha order maggi goreng ayam, adik Rania maggi goreng biasa, Cie roti cheese. Faiz mulanya order roti telur. Tengah makan dia tambah roti kosong pulak. Ayam goreng macam biasa selalu tambah memang sedap ayamnya.
Siap makan 8.50am terus hantar adik Rania ke sekolah. Kami terus ke BS Freshmart beli barang dapur.






7 Ulasan
simple betul mego goreng dia... kalau sy ni dah order 2 telur mata😁
BalasPadamRatah ayam je pun sedap dah tu
BalasPadamBlah awal².. kalau tunggu lagi lambat ya adik Rania nak ke skul.
BalasPadamYalah kalau lambat sangat, sementara kita rushing, memang tak nak tunggu lama. Mendingan cari yg cepat 😄
BalasPadamTengah2 rushing, jangan la buat hal bab makan 😁 Betul dah tu tukar kedai.
BalasPadamDah lama x order maggi goreng mamak. Mls nk order sebab mahal la dkt sini. kalau tak silap RM6.50 sepinggan. =D
BalasPadammaggi goreng tu sedapnya!
BalasPadamTerima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.