Kita extend ke raya haji la kononnya. Tetap jugak tak menjadi menu kuah kacang. Dah nak masuk awal Muharam dah pun ni baru la ada kesempatan buat menu sarapan nasi impit kuah kacang.
Nasi impit malam tadi dah rebus dalam periuk noxxa 10 pieces guna HP 30 minit. Sejukkan semalaman pagi ni dah cantik kejadian bila potong dah sejuk sepenuhnya.
Lepas iron baju kerja tadi Cie terus rebus kuah kacang. Senang je yang instant ni rebus dengan air sekejap je lepas tu dah boleh makan.
Keledek Cameron hari tu ada lagi 3 ketul Cie rebus jela tadi makan gitu je sedap dah manis je.
Ni jela menu sarapan pagi ni. Gigihkan diri sediakan jugak menu sarapan walaupun diserang selsema pulak ni sejak semalam. Cie kena berjemaah dengan anak-anak. Last kena selsema masa Cie kena influenza tahun 2024.
Cie jarang kena batuk dan selsema ni. Harapnya tidak melarat la. Minggu depan ni banyak kerja nak dikerjakan. Doakan Cie cepat sembuh dari selsema ni ye.



0 Ulasan
Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.