Sarapan Pagi: Nasi Impit Kuah Kacang

Masih mood raya nampaknya Cie ni. Kisahnya Cie beli instant kuah kacang ni masa bulan puasa sebelum raya. Masa tu duk plan nak masak menu raya la. Sebulan berlalu bulan puasa masih tak menjadi menu Cie. 


Kita extend ke raya haji la kononnya. Tetap jugak tak menjadi menu kuah kacang. Dah nak masuk awal Muharam dah pun ni baru la ada kesempatan buat menu sarapan nasi impit kuah kacang.

Nasi impit malam tadi dah rebus dalam periuk noxxa 10 pieces guna HP 30 minit. Sejukkan semalaman pagi ni dah cantik kejadian bila potong dah sejuk sepenuhnya.

Lepas iron baju kerja tadi Cie terus rebus kuah kacang. Senang je yang instant ni rebus dengan air sekejap je lepas tu dah boleh makan.

Keledek Cameron hari tu ada lagi 3 ketul Cie rebus jela tadi makan gitu je sedap dah manis je. 


Ni jela menu sarapan pagi ni. Gigihkan diri sediakan jugak menu sarapan walaupun diserang selsema pulak ni sejak semalam. Cie kena berjemaah dengan anak-anak. Last kena selsema masa Cie kena influenza tahun 2024.

Cie jarang kena batuk dan selsema ni. Harapnya tidak melarat la. Minggu depan ni banyak kerja nak dikerjakan. Doakan Cie cepat sembuh dari selsema ni ye. 


Catat Ulasan

20 Ulasan

  1. Sedap tu nasi impit kuah kacang.
    Si Adik ni pun tiba² selsema. Risau pulak sekolah nak buka dah ni

    BalasPadam
  2. Tak pernah lagi cuba buat kuah kacang ni. Ada pes nya senang la kita kan....

    BalasPadam
  3. My favourite nasi impit dan kuah kacang.. Senang sekarang ada pes kuah kacang segera. Anyway, have a good rest Cie, semoga cepat sembuh..

    BalasPadam
  4. Semoga cepat sembuh.

    Masa raya haritu baru 1st time buat kuah kacang. Lulus jugaa. Tapi renyah. Lepas ni boleh la order pes macam ni.

    BalasPadam
  5. Senang ada kuah kacang segera.
    Kena berehat banyak sebelum masuk kerja.

    BalasPadam
  6. kalau ada sate ni ngammmm sgttttt

    BalasPadam
  7. Wah, senang ada kuah kacang segera. Semoga cepat sembuh, Cie.

    BalasPadam
  8. Senang gak ada pes. Rasa sekali je buat kuah kacang itupun Bami komplen kenapa tak macam nenek punya huhu

    BalasPadam
  9. Makan ubat Cie, semoga lekas sembuh.

    BalasPadam
  10. Semoga cepat sembuh Cie. Kuah kacang instant kalau kena yang betul-betul sedap memang puas hati kan

    BalasPadam
  11. Aduhai..Terliur plk tgh nasi impit & kuah kacang tu. Baju jam 11.38am ni =D

    BalasPadam
  12. Raya hari tu la dok makan nasi impit kuah kacang...semoga cepat sihat ye Cie

    BalasPadam
  13. PC Linda dapat lucky draw macam tak boleh set masa.. ke Linda yang tak tahu guna.. hahaha

    BalasPadam
  14. Waaah memang mudah jadinya kalau dah ada paste saus kacang begini ya kak 😄. Teringat mama kalau bikin saus kacang, sibuk mulai dari menggoreng kacang, ditumbuk halus, campur bumbu etc 😄. Kalau saya memang lah cari yg instan saja 🤭

    BalasPadam
  15. Mudah bila ada yang instant ini.. Cepat pun cepat.. Bila-bila nak makan dah boleh masak..

    BalasPadam
  16. Senang nak sediakan bila ada semua bahan..rasa nak minta suri hati buatkan ada lebihan bahan raya hari tu hehehe

    BalasPadam
  17. Sedap tu sarapan nasi impit dgn kuah kacang! Masih mood raya haji kann

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.