Lepas beli barang di BS Freshmart tadi singgah Zus jugak Cie nak beli Iced Shaken Double Espresso. Sekarang ni kurang dah minum spanish latte sejak yang ni lagi sedap.
Kena add on Velvet Crème tu baru sedap. Request less sweet sebab velvet creme tu pun dah manis. FOMO kat threads la ni ramai suggest suruh order Iced Shaken Double Espresso ni. Kitonyo ikut jela. Ternyata memang sedap.
Selfie guna Vivo ni terus jadi lawa ye. Hahaha
Cie sekarang nak kumpul semula untuk naik Zus Elite. Dulu dah pernah capai tapi pernah ada bulan yang kurang pembelian so rank tu turun semula.
Zus Elite ni banyak kelebihan masa birthday. Tu yang Cie nak naikkan rank semula. Bulan 11 nanti boleh la redeem:
- Buy 1 Free I slice of cake Free Hot Meal with purchase of any Ix handcrafted drink
- Free Hot Meal with purchase of any Ix handcrafted drink!
Cie ada masa hingga September untuk cukupkan cup counts. Kat Zus ni kalau guna voucher dan order walk in tak dikira cup counts. Tu yang ramai taknak guna voucher sebab nak kumpulkan cup counts.
Ada juga yang guna taktik beli espresso je baru RM4.20, balik rumah tambah susu sendiri je. Beli la 3-4 cups so dah bertambah cup counts. Nanti la Cie try pulak guna taktik ni untuk kekalkan Zus Elite tu.
Selalunya hujung minggu je Cie beli Zus ni. Bukan laluan Cie pergi dan balik kerja. Malas nak order online boleh je cuma tak dapat less 10% la untuk tumbler tu. Free delivery kalau beli RM25 ke atas.






18 Ulasan
Rajinnya Cie buat gini, kami selalu jugak beli dekat Zus coffee, tapi tak rajin nak collect cup points
BalasPadamRugi tak manfaat kan apa yang diberikan 😁
PadamGigih cie nak minum kumpul cup count tu hehe all the best ye
BalasPadamKena gigih nanti masa birthday dapat voucher 😁
PadamDouble espresso tu tak kuat sangat ke kopinya Cie? Macam menarik tapi saya tak boleh kopi kuat sangat, nanti kena GERD.
BalasPadamTak kuat sangat biasa je. Boleh pilih lydia kot.
PadamLinda takde la tegar sangat..jadi, tak kisah sangat la pasal cup counts tu..hihihi
BalasPadamSaja kejar dapat voucher masa birthday nanti.
PadamAduhai..Bila la sy nk redeem point zus sy ni...=)
BalasPadamSila redeem sebelum expired 😄
PadamLorrr... akak kena try Iced Shaken Double Espresso ke😅. Order Spanish Latte pun sebab follow Cie🫢
BalasPadamYe akak kena try pulak hat ni 😄
PadamOk yg iced shaken nih nak saya coba saat ke KL nanti 😍. Selama ini hanya order yg Spanish latte
BalasPadamwahh selfie dgn phone baru terus nampak macam belia remaja lah!
BalasPadamdulu adik saya pernah jadi zus elite, tapi sebab dia dah tak kerap meng-zus macam selalu terus turun darjatnya haha
Gigih ya Cie nak kejar semula rank Zus Elite demi ganjaran bulan birthday nanti, haha! Tapi betul, kalau tak buat taktik macam ni memang rugi sebab kalau terskip sebulan pun rank boleh turun semula. Menarik juga taktik beli espresso kosong bawa balik tambah susu sendiri tu, jimat pun jimat, cup count pun bertambah!
BalasPadamMZ tak pernah sampai ranking zuss elite hahah sbb jrg2 jer beli zuss. kumpul points pun via daily check in tu jer
BalasPadamadik faa juga dah minat kopi sekarang. sikit2 ngopi kumpul point juga.
BalasPadamHehe tidak ikuti. Apapun seronok baca orang kumpul mata.
BalasPadamTerima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.