Kursus Kesedaran Halal Hospital Negeri Pahang

22 Julai 2026 telah berlangsung Kursus Kesedaran Halal Negeri Pahang anjuran Bahagian Halal Jabatan Agama Islam Pahang bertempat di Dewan Seminar Masjid Sultan Ahmad Shah Temerloh. 


Seawal 6.30am Cie dah bergerak dari hospital bersama sorang staf Cie menaiki kenderaan jabatan. Memang malas la nak drive 2 jam perjalanan. Request je kenderaan jabatan. Jalan pun bengkang bengkok memang tak la nak drive. 

Sampai masjid pukul 8.35am. Berpusing pulak cari dewan seminar takde nampak signage. Driver turunkan tempat lain. Menapak la kami mencari. Mujur ada orang boleh la tanya arah. Rupanya tepi ruang solat wanita je. Kursus start 9am, mereka bagi sarapan dulu. Disediakan nasi lemak dan karipap. 


Kursus ni lebih kepada refreshment je. Hospital di negeri Pahang semua dah dapat pensijilan Halal cuma ada la yang terlambat renew dan sebagainya. Macam hospital Cie pun expired bulan ni. Belum sempat nak renew lagi. 

Ada la juga persoalan yang kami tanyakan terus kepada team Halal JAIP ni. Mereka yang urusetia kursus ni dari team pengawasan. So mereka la yang datang audit semua premis yang ada pensijilan Halal. Ada la juga mereka share contoh-contoh ketidakakuran yang boleh dikenakan NCR (Non-Conformance Report). 

Tak sempat mengantuk kursus ni. Banyak input yang kami dapat untuk lebih memantapkan pensijilan Halal. Cie siap bawak bekal Iced Spanish Latte buat sendiri ye. Sejak ada moccona coffee ni buat kat rumah je. Tak payah singgah 7E Cafe dah beli kopi nak elak mengantuk. Bawak jugak sebotol air kosong, urusetia bagi juga sebotol air. 





Kursus habis sebelum pukul 1. Perasmian penutup tadi ada Ketua Penolong Pengarah Bahagian Halal datang sekali bagi ucapan dan serahkan sijil kursus. Last sekali tadi bergambar beramai-ramai. 




KPP tu cakap jabatan dia ada 2 orang PU iaitu PU Mizi dan PU Lokman. Yang jadi MC tu PU Lokman yang menyanyi lagu Haruman Terindah tu. Patut la rasa macam pernah tengok. 

Penceramah kedua pun ada cakap masa sesi dia dah habis. Masa tu MC keluar dewan kejap. Dia cakap mana pulak hilang MC saya ni mesti keluar menyanyi ni. Masa tu kami tak dapat tangkap lagi.

KPP cakap tu baru la perasan. KPP kata boleh la suruh dia nyanyi. Dia cakap dalam masjid tak boleh nyanyi. Hihi. Cie tak ambil pun gambar tadi. Kalau tau dia penyanyi memang snap dah post kat sini. Suka lagu tu viral jugak dulu. 

Cuma ada masa group photo tu dia kat tepi sekali berbaju oren. Jam oren, handphone pun casing oren. 

Habis je kursus kami dihidangkan makan tengahari. Nasi minyak, ayam masak merah, acar dan papadom, air sirap. Air sirap tu manis sangat Cie campur air kosong letak dalam tumbler. 


Cie gerak balik selepas solat Zohor dulu di masjid. Dah alang-alang kursus di masjid dan dah masuk Zohor terus jela solat. 

Sampai Lipis 4.06pm terus gerak ke sekolah kakak dia habis KOKO 4.30pm. Babahnya ambil adik Rania 5pm.


Catat Ulasan

19 Ulasan

  1. Ada seorang anak Ustazah kat Sek Men Dania PU jugak. Bagus la ada kursus kesedaran halal macam ni ya. Ada kawan involve gak halal macam ni tapi bab logistik makanan halal....

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah, ada kursus dapat ilmu baru

    BalasPadam
  3. Bagus belajar ilmu penyediaan makanan halal ni terutama mereka yg terlibat dalam perkhidmatan makanan utk orang awam.

    BalasPadam
  4. Kdg2 x faham knp kedai mkn dh lama establish tp masih xde halal cert. Tak nak apply atau susah nk apply atau application lambat nk approved.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Banyak faktor kot taktau juga. Industri nak mohon sijil halal kena bayar yuran proses rm20, yuran audit rm200 hingga ribu kalau tak silap bergantung kepada size pendapatan syarikat. Kalau ikutkan tak susah cuma kekadang syarikat ni taknak rumit kena buat dokumen, audit & sebagainya.

      Padam
  5. sijil halal hospital ni kena renew setiap tahun ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kami kena 2 tahun sekali kena renew.

      Kalau pensijilan halal untuk ayam (pasar ayam) setahun sekali dorg kena renew.

      Padam
  6. Sekarang Macam2 tapi bagus buat macam ni tak ragu2 pesakit Di wad time makan

    BalasPadam
  7. Separuh hari je kursus nya.. bagus juga ni, bila macam ni, senang nak tanya soalan..tapi, mcm tak cukup je setengah hari..hihihi

    BalasPadam
  8. Elok sahaja susunan aktiviti Cie hari itu. Balik boleh ambil terus Kakak.

    BalasPadam
  9. jauh jugak yer distancenya 2 jam tu naik van..syukur dh setel semua urusan keje cie tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bukan van MZ. Cie naik kereta jabatan. Mitsubishi suv. Berdua je kan driver nak hantar. Van tu kalau ramai. Hihi

      Padam
  10. ihihi plolesla kak cie selfie dgn phone baru!

    BalasPadam
  11. Unik sangat training di mesjid. Tak pernah saya lihat di sini . Tapi baguuuus sangat, dijamin sholat tak akan telat juga 👍👍. Makanan yg disediakan pun dari sarapan sampai lunch, favorit sangat nih 😄👍👍

    BalasPadam
  12. Gambar Cie dah macam pengawas sekolah dah. 🤭 Kalau kata budak kolej pun orang caye nihh.

    BalasPadam
  13. Woww... retis PU... tu kalau kursus sampai petang, lepas makan bolehlah sumbang lagu buat hilang mengantuk.

    BalasPadam
  14. Bagus betul ada kursus refresher macam ni. Kadang-kadang bab pensijilan Halal hospital ni nampak santai, tapi sebenarnya banyak aspek ketidakakuran (NCR) yang kita kena sentiasa berwaspada

    BalasPadam
  15. Alhamdulillah, tahniah atas penganjuran Kursus Kesedaran Halal ini! Program macam ni memang sangat penting dan bermanfaat, terutamanya dalam sektor perkhidmatan hospitaliti dan penyediaan makanan di hospital bagi memastikan kualiti serta kebersihan sentiasa terjaga mengikut piawaian syarak.

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.