So Cie share menu 19, 20, 21, 22, 24, 25 Julai saja la. 25 Julai pun tak masak tapi Cie ada snap gambar dinner boleh jela share kan. 23 Julai tu tak snap gambar adik Rania makan char keutiau dan kakak Raisha makan nasi goreng udang.
19 Julai 2026
Dari minggu sebelum tu dah plan nak masak kuetiau sup. Terlupa beli bahan. Minggu lepas tu baru teringat terus la beli bahan. 1kg kuetiau habis ye makan 4 beranak je. Kalau buat goreng tak habis.
20 Julai 2026
Cie ni kekadang masuk kitchen baru la muncul idea masak mengikut bahan mentah apa yang ada.
Ayam tu entahla nama apa. Takde nama Cie hentam je blend bawang putih, bawang besar, halia, kunyit hidup dan cili padi. Lepas tu Cie tumis sampai pecah minyak. Masukkan ayam biar je ayam tu masak sikit, baru masukkan air, belimbing rebus yang hitam tu sikit je. Biar sampai ayam masak.
Bila ayam dah cukup masak, masukkan belimbing buluh dan bahan perasa. Dah siap. Ayam tumis belimbing la kot namanya.
Siew pak choy Cie celur je. Lepas tu susun dalam pinggan dan letak garlic chilli oil, tak perlu tumis dah. Tambahan telut hancur, ulam timun dan sambal belacan.
21 Julai 2026
Makin takde idea dah nak masak apa tapi masak jugak la menu yang terlintas di fikiran.
Sayur malas nak masak dah, ulam timun jela jadi penyelamat. Asalkan ada sayur.
22 Julai 2026
Cie ada kursus di Temerloh, sampai rumah awal jugak lepas ambil kakak Raisha KOKO petang tu jadi sempat la masak.
Masak pun yang simple je. Siakap steam, telur dadar dan kobis bulat goreng. Siakap steam letak bawang putih banyak-banyak dan letak limau jadi masam-masam memang sedap la.
24 Julai 2026
Ada lauk ayam je dalam freezer, masak ayam jela. Cie masak ayam goreng celup tepung je. Bancuh tepung beras, tepung jagung, telur, garam, serbuk kunyit dan sedikit air. Goreng jela.
Cie try juga RTE (ready to eat) paru berlado Kak Zaidah. Senang je Cie rendam peket dalam air panas beberapa minit terus buka peket dan tuang dalam mangkuk. Sepeket tu untuk 1-2 orang makan.
Sayur kobis panjang tumis dan ulam timun. Itu saja lah menu 24 Julai. Goreng ayam dan sayur je.
25 Julai 2026
Balik dari jalan-jalan Gua Musang dah malas nak masak. Lagipun tak lapar sangat. Cie suruh Faiz beli sate jela. Dinner sate jela kami pada 25 Julai.
Selesai dah post menu dinner sepanjang minggu 19 Julai hingga 25 Julai 2026. Semoga bermanfaat la posting Cie ni memberi idea nak masak apa. Terima kasih buat yang sudi membaca dan komen posting Cie.








11 Ulasan
Pak choi tersusun rapi...! Kalah restoran!
BalasPadamTeringin nak buat kwetiaw soup 😍😍😍. Segar nih pasti. Apalagi kasih sambal pedas ❤️🤭. Selalu dpt inspirasi menu kalau baca menu2 kak cie
BalasPadamAmmi jarang masak kueh tiow kat rumah tapi bila diluar mmg kuehtiow yang selalu ammi order. Entahlah kenapa.
BalasPadamLapar pula rasa.. hihi
BalasPadamWahhh...menarik semua menunya. Pak choy sos tiram tu feveret sy kalau pegi TCRS =)
BalasPadamSedap² semua.
BalasPadamAkk dah terbayang² sate ni
Pelbagai dan nampak sedap semua menu Cie! Paling menarik ayam tumis belimbing dan siakap steam tu, memang pembuka selera betul.
BalasPadamsedap tgk kuehtiaw sup...lamanya tk mkn satay
BalasPadamKreatif betul Cie, dari tak tahu nak masak apa terus tercipta resepi ayam tumis belimbing. Boleh dicuba ni
BalasPadamsedapnya
BalasPadamKueytiaw suppp dengan menu Ayam belimbing buluh 👍👍
BalasPadamTerima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.