Menu Dinner 19 Julai - 25 Julai 2026

Sepanjang minggu 19 Julai hingga 25 Julai 2026 ni ada juga hari yang Cie tak masak. 23 Julai tak masak. Masa balik dari lawatan ke Zaidah Ibrahim Food tu. Cie suruh Faiz tapau je untuk anak-anak. Cie tak makan juga dinner tu. Dah minum petang sebelum gerak balik. 


So Cie share menu 19, 20, 21, 22, 24, 25 Julai saja la. 25 Julai pun tak masak tapi Cie ada snap gambar dinner boleh jela share kan. 23 Julai tu tak snap gambar adik Rania makan char keutiau dan kakak Raisha makan nasi goreng udang. 


19 Julai 2026

Dari minggu sebelum tu dah plan nak masak kuetiau sup. Terlupa beli bahan. Minggu lepas tu baru teringat terus la beli bahan. 1kg kuetiau habis ye makan 4 beranak je. Kalau buat goreng tak habis. 


Bertambah-tambah makan sedap sangat. Sup tu Cie letak fish ball, ayam dan sayur siew pak choy. Bahan sampingan ada bawang goreng, daun sup, daun bawang, cili potong, chilli garlic oil, limau kasturi. 


20 Julai 2026

Cie ni kekadang masuk kitchen baru la muncul idea masak mengikut bahan mentah apa yang ada. 


Ayam tu entahla nama apa. Takde nama Cie hentam je blend bawang putih, bawang besar, halia, kunyit hidup dan cili padi. Lepas tu Cie tumis sampai pecah minyak. Masukkan ayam biar je ayam tu masak sikit, baru masukkan air, belimbing rebus yang hitam tu sikit je. Biar sampai ayam masak. 

Bila ayam dah cukup masak, masukkan belimbing buluh dan bahan perasa. Dah siap. Ayam tumis belimbing la kot namanya. 

Siew pak choy Cie celur je. Lepas tu susun dalam pinggan dan letak garlic chilli oil, tak perlu tumis dah. Tambahan telut hancur, ulam timun dan sambal belacan. 


21 Julai 2026

Makin takde idea dah nak masak apa tapi masak jugak la menu yang terlintas di fikiran. 


Sambal telur ni kegemaran anak-anak. Tapi tu la makan yang putih je. Yang kuning tak makan. Cie buat juga kerepek kentang goreng. Sebagai tambahan buat juga ikan bilis goreng dengan lobak masin, cili padi dan bawang. 

Sayur malas nak masak dah, ulam timun jela jadi penyelamat. Asalkan ada sayur. 


22 Julai 2026

Cie ada kursus di Temerloh, sampai rumah awal jugak lepas ambil kakak Raisha KOKO petang tu jadi sempat la masak. 


Masak pun yang simple je. Siakap steam, telur dadar dan kobis bulat goreng. Siakap steam letak bawang putih banyak-banyak dan letak limau jadi masam-masam memang sedap la. 


24 Julai 2026

Ada lauk ayam je dalam freezer, masak ayam jela. Cie masak ayam goreng celup tepung je. Bancuh tepung beras, tepung jagung, telur, garam, serbuk kunyit dan sedikit air. Goreng jela. 


Cie try juga RTE (ready to eat) paru berlado Kak Zaidah. Senang je Cie rendam peket dalam air panas beberapa minit terus buka peket dan tuang dalam mangkuk. Sepeket tu untuk 1-2 orang makan. 

Sayur kobis panjang tumis dan ulam timun. Itu saja lah menu 24 Julai. Goreng ayam dan sayur je. 


25 Julai 2026

Balik dari jalan-jalan Gua Musang dah malas nak masak. Lagipun tak lapar sangat. Cie suruh Faiz beli sate jela. Dinner sate jela kami pada 25 Julai.



Selesai dah post menu dinner sepanjang minggu 19 Julai hingga 25 Julai 2026. Semoga bermanfaat la posting Cie ni memberi idea nak masak apa. Terima kasih buat yang sudi membaca dan komen posting Cie. 



Catat Ulasan

11 Ulasan

  1. Pak choi tersusun rapi...! Kalah restoran!

    BalasPadam
  2. Teringin nak buat kwetiaw soup 😍😍😍. Segar nih pasti. Apalagi kasih sambal pedas ❤️🤭. Selalu dpt inspirasi menu kalau baca menu2 kak cie

    BalasPadam
  3. Ammi jarang masak kueh tiow kat rumah tapi bila diluar mmg kuehtiow yang selalu ammi order. Entahlah kenapa.

    BalasPadam
  4. Wahhh...menarik semua menunya. Pak choy sos tiram tu feveret sy kalau pegi TCRS =)

    BalasPadam
  5. Sedap² semua.
    Akk dah terbayang² sate ni

    BalasPadam
  6. Pelbagai dan nampak sedap semua menu Cie! Paling menarik ayam tumis belimbing dan siakap steam tu, memang pembuka selera betul.

    BalasPadam
  7. sedap tgk kuehtiaw sup...lamanya tk mkn satay

    BalasPadam
  8. Kreatif betul Cie, dari tak tahu nak masak apa terus tercipta resepi ayam tumis belimbing. Boleh dicuba ni

    BalasPadam
  9. Kueytiaw suppp dengan menu Ayam belimbing buluh 👍👍

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.